Hampir setahun ‘menganggur’ setelah meninggalkan Bournemouth City, Eddie Howe kini menjadi sasaran utama Celtic untuk menjadi pengurus baharu kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Scotland berkenaan.
Pengurus sebelum ini Neil Lennon telah meletakkan jawatannnya pada Februari setelah kelab tersebut ketinggalan 18 mata dari musuh tradisi Rangers yang akhirnya mengesahkan kejuaraannya pada 7 Mac.
Kali terakhir Rangers muncul juara adalah pada 2011 dan kemudian mengalami krisis kewangan dan diturunkan ke liga divisyen keempat. Sejak itu Celtic selesa mendominasi kejuaraan selama sembilan musim berturut-turut.
EXCLUSIVE: Eddie Howe agrees in principle to take Celtic job – with announcement expected early next weekhttps://t.co/e4XZZTUnSO pic.twitter.com/fZwGKsUpD3
— Scottish Sun Sport (@scotsunsport) April 2, 2021
Reputasi Howe yang pernah mencipta sejarah membimbing Bournemouth dari kelab yang hampir tersingkir dari League Two (divisyen 4 England) hingga ke Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan pakej utama yang meyakinkan pihak pengurusan Celtic untuk membawanya ke Glasgow.
Beberapa bekas pemain Celtic seperti Paul Lambert dan dan Alan Stubbs turut melihat Howe sebagai individu paling layak untuk memimpin pasukan tersebut kembali menjadi pasukan yang disegani bukan hanya di peringkat domestic tetapi di Eropah.
“Jika Eddie dipilih untuk tugasan ini, saya rasa dia orang yang cukup layak. Dia tahu macam mana mahu memenangi perlawanan,” ujar Lambert dalam temubualnya bersama Sky Sports.
✅'Eddie Howe excites the Celtic supporters'
❎'Roy Keane wouldn't have been popular'
👀'Compared to Rodgers he's managed more games, had more promotions & spent longer in the top league'@ACSOMPOD's Paul John Dykes discusses if Eddie Howe should become Celtic's new manager👇 pic.twitter.com/GKPW55gVU0— Sky Sports Scotland (@ScotlandSky) April 2, 2021
“Tak kiralah pasukan mana yang datang ke bandar ini, Barcelona atau Bayern Munuch sekalipun, pasukan ini perlu menang. Tradisi penyokong Celtic ini jika kamu menamatkan saingan di tempat kedua, ia seolah-olah di tempat terakhir.”
Rangers yang kini dibimbing oleh legenda Liverpool, Steven Gerrard dilihat semakin sukar untuk disaingi dan penyokong Celtic beranggapan kelab tersebut perlu lakukan rombakan besar-besaran untuk mengembalikan kegemilangannya.
Dari segi rekod kejuaraan, Rangers kini merupakan peasukan paling banyak mengumpul kejuaraan liga dengan 55 kali berbanding Celtic 51 kali. Namun Celtic pernah menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim 1966/67.
Nama lain yang pernah dikaitkan dengan Celtic adalah bekas pengurus Liverpool Rafael Benitez yang telah meninggalkan kelab China pada Januari lalu.
Kredit foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Celtic:
Pemain Celtic Ini Digantung Tiga Perlawanan Kerana Menggenggam ‘Telor’ Pemain Rangers