Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward berjanji akan menggunakan kekuatan kewangan yang dimiliki kelab tersebut untuk membantu Oleh Gunnar Solskjaer membina kembali Manchester United – selepas melalui musim yang buruk.
Selepas laporan kewangan suku ketiga kelab tersebut dikeluarkan, Woodward berkata “berdasarkan kekuatan urusniaga [keuntungan] yang kita miliki, ia membenarkan kami untuk membantu pengurus dan pasukannya, untuk melihat ke masa depan.”
Manchester United gagal melayakka diri ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) pada musim hadapan, dan mengakhiri saingan domestik di tangga keenam – 32 mata di belakang juara, Manchester City.
Ole Gunnar Solskjaer will get the financial backing to bring success back to @ManUtd, according to executive vice-chairman Ed Woodward.
Read in full: https://t.co/nYfK94kau2#bbcfootball pic.twitter.com/dQa95wheej
— BBC Sport (@BBCSport) May 16, 2019
Namun demikian, ia tidak mengganggu prestasi Manchester United di atas padang, apabila laporan suku ketiga mencatat kenaikkan keuntungan sebanyak 3.4%, iaitu £152.1 juta.
Walaupun demikian, hutang keseluruhan kelab masih lagi statik pada £301.7 juta – peningkatan 0.4% berbanding suku tahun yang sama pada tahun lalu.
“Selepas musim yang buruk, semua pihak di Manchester United kini memberikan fokus untuk mengembalikan kejayaan sepertimana kelab ini sepatutnya lakukan untuk penyokong mereka.
“Persiapan untuk musim baharu sudah pun bermula, dan menggunakan kekuatan kewangan sedia ada, ia membenarkan kita memberikan sokongan yang diperlukan oleh pengurus dan pasukannya.
Walaupun kedudukan kewangan Manchester United kekal positif berbanding kelab-kelab utama Liga Inggeris yang lain, satu perkara yang membimbangkan ialah kenaikan 12.9% bayaran gaji untuk skuad utama bernilai £84.4 juta.
Ia dianggap jumlah yang tinggi, dan salah satu dari beban kerja yang perlu dihadapi oleh Solskjaer pada musim panas ini ialah untuk menyeimbangkan kembali struktur gaji di Old Trafford.
Tatkala Solskjaer sedang sibuk dengan persiapan seterusnya, Woodward berkata beliau berjanji akan membantu pengurus dari Norway itu untuk membuka buku baharu di United – walaupun Solskjaer dan United hanya menang dua dari 12 perlawanan terakhir di semua pertandingan sebelum ini.
“Musim yang tekah tamat itu jelas sekali bukan apa yang kita semua harapkan. Pasukan berada di tangga ke-6, dan pada masa yang sama turut menyaksikan pertukaran pengurus.
“Namun selepas itu, Ole dan pemain-pemainnya cuba untuk bangkit, bermula dari pertengahan Disember sehingga memungkinkan kelab ini untuk ke UCL pada musim berikutnya. Jelas sekali ia tidak cukup.
“Beberapa minggu yang lalu amat mengecewakan. Tetapi kami telah mengesahkan Ole [Solskjaer] sebagai pengurus tetap. begitu juga dengan staf kejurulatihan yang lain.
“Mike Phelan, Michael Carrick, Kieran McKenna dan Mark Dempsey akan terus kekal bersama kelab ini.
“Semua pihak di sini – lembaga pengarah, pengurus, skuad sedia ada, dan semua staff kini harus bersatu hati untuk memastikan United kembali sebagai kuasa bola sepak Inggeris. Dan sudah tentu kita akan terus menambahbaik kakitangan, di dalam dan juga di luar padang untuk memastikan impian ini tercapai.
“Unjuran kewangan dan keuntungan yang dicapai memberi jaminan untuk kelab ini membantu pengurus mencipta kejayaan di atas padang. Perkara ini akan terus menjadi perkara terutama di kelab ini.”