BANGI, 18 November: Malaysian Football League (MFL) terus mengorak langkah dalam memajukan industri Liga Malaysia ke arah lebih positif dengan mengadakan Bengkel Economic Control Programme (ECP) bersama Rakan Kongsi Liga di Hotel Tenera, Bangi hari ini.
MFL sebelum ini telah mengurnumkan akan melaksanakan ECP secara berperingkat bermula hari ini (18 November).
Program ini bertujuan untuk memastikan kewangan pasukan bola sepak Liga Super dan Liga Premier besada datan keadaan lebih baik dan memiliki pendapatan yang mampan.
La Liga adalah pengendali Liga Sepanyol yang pertama melaksanakan ECP dalam menyelesaikan masalah kewangan kelab.
Dan kini ECP telah diadaptasi bersesuaian dengan acuan Liga Malaysia selaras dengan Rangka Tindakan Strategik Next50 MFL.
Menurut Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, peraturan baharu yang diperkenalkan pada musirn Liga Malaysia 2020 ini adalah bagi memberikan tumpuan kepada aspek peraturan kewangan untuk mengawal dan mendidik pasukan berbelanja secara berhemah.
Tambah Datuk Haji Hamidin, ECP akan terus diperluaskan meliputi bidang lain – antaranya peraturan pemilikan pemasaran dan kelab bermula tahun 2021 sehingga 2024.
“MFL telah melantik PricewaterhouseCoopers Risk Services Sdn Bhd (PwC) untuk membangunkan peraturan ECP MFL.”
“PwC juga merupakan firma perunding yang dilantik oleh La Liga untuk membangunkan peraturan ekonomi yang dipelopori di Sepanyol.”
“Bengkel hari ini bertujuan untuk mendidik kelab-kelab mengenai peraturan-peraturan ECP musim 2020 untuk memastikan kelab bersedia bagi pelaksanaannya.”
“Jadi saya optimis pengenalan ECP dalam Liga Malaysia akan memberikan lebih banyak input positif – di mana kelab dikehendaki mengemukakan unjuran pendapatan mereka kepada MFL dalam bentuk belanjawan kewangan bagi memastikan kewangan mereka lebih stabil,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
Selain rakan kongsi Liga Malaysia, turut hadir pada bengkel berkenaan adalah bansan Ahli Lembaga Pengarah MFL dan Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Malah bengkel ECP ini turut dibuka kepada pihak media untuk mendapatkan lebih pemahaman berhubung perlaksanaan dan kepentingannya.
Bermula musim depan, setiap pendapatan yang dianggarkan oleh kelab wajib dikontrakkan dalam tiga bentuk iaitu: pendapatan daripada penaja; geran kontrak daripada kerajaan; dan sumbangan modal daripada pemilik kelab.
MFL akan menyemak bajet yang dikemukakan oleh setiap kelab dalam memastikan hasil yang dianggarkan oleh kelab dikontrak dan berulang.
Maksimum 70 peratus jumlah pendapatan kelab boleh dibelanjakan untuk gaji pasukan pertama dan MFL tidak akan membenarkan pendaftaran pemain baharu didaftarkan jika kos pasukan pertama kelab melebihi had ditetapkan oleh MFL.
Ini kerana MFL mahu memastikan bahawa setiap kelab tidak menandatangani pemain yang berada di luar kewangan kelab – di mana pengendali Liga Malaysia itu memiliki matlamat untuk mengurangkan atau dapat menghapuskan masalah tunggakan gaji pemain dalam tempoh lima tahun.