Komen Penyokong Di Instagram Buat Khairul Azhan ‘Takut’

Penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Azhan Mohd Khalid beraksi cemerlang sewaktu Malaysia menewaskan pasukan pilihan Thailand dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tempoh hari.

Tindakan Khairul Azhan menyelamatkan sepakan voli Supachak Saracok ketika pasukan negara sedang mendahului 2-1 ternyata mengkagumkan ramai pihak terutamanya penyokong Harimau Malaya sendiri sekalipun pada awalnya ramai yang meragui keputusan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe memilihnya selaku penjaga gol utama.

Untuk perlawanan berdepan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam esok, Khairul Azhan dijangka akan terus menjadi pilihan Cheng Hoe untuk menjadi benteng terakhir skuad Harimau Malaya.

Penjaga gol Selangor itu mengakui setiap pujian yang diberikan kepadanya akan menjadi pemangkin semangat dan motivasi untuk beraksi lebih cemerlang di masa hadapan. Namun beliau berharap dirinya tidak hanyut dengan segala pujian itu dan kekal berpijak di bumi yang nyata.

“Sebenarnya saya akui memang takut, takut sangat nak baca komen di Instagram, atau media sosial. Penyokong memberikan pujian melambung dan meletakkan harapan yang sangat tinggi, pujian ini boleh buat kita rasa tinggi, dalam masa sama boleh buat kita jatuh.

“Prestasi penjaga gol ada naik turun, kadang-kadang kita bermain baik, kadang-kala tidak bernasib baik dan melakukan kesilapan, akhirnya menjadi sasaran kritikan.

“Jadi saya tidak boleh mendabik dada, saya perlu sentiasa cuba memperbaiki kelemahan dan buat yang terbaik untuk terus mengorak langkah,” kata Khairul Azhan kepada pemberita Fox Sports.

Khairul Azhan sebelum ini dipanggil sebagai pengganti kepada penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim yang mengundurkan diri daripada skuad kebangsaan atas alasan peribadi. Namun tiada siapa menyangka beliau akhirnya diberi peluang untuk beraksi sekaligus mengetepikan penjaga gol utama, Farizal Marlias.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN