EA Sports Tolak Dakwaan Abai Peminat Career Mode, Umum Penambahbaikan Menarik

Setelah EA Sports dituduh mengabaikan peminat siri permainan FIFA yang menggemari Career Mode dengan mengutamakan FIFA Ultimate Team (FUT), kini peminat Career Mode FIFA boleh menarik nafas lega.

Baru-baru ini EA Sports mengumumkan beberapa penambahbaikan dalam Career Mode yang menjadi kegilaan ramai peminat FIFA sebelum kewujudan FUT.

Total Club Management

Total Club Management kesinambungan kepada objektif bermusim (season’s objective) yang pemain akan dapat dari ahli lembaga pengarah pasukan pada setiap musim.

Total Club Management merangkumi 5 sasaran yang ditetapkan untuk pemain capai, dalam janga masa pendek dan panjang. Antaranya adalah:

  • Kejayaan domestik
  • Kejayaan di peringkat benua
  • Meningkatkan jenama pasukan
  • Prestasi kewangan pasukan
  • Pembangunan pemain muda

image.img

Jadi setiap kelab pasti akan mempunyai sasaran yang berbeza.

Sebagai contoh jika anda mengurus AC Milan, maka sudah pasti sasarannya adalah untuk bangkit di saingan domestik dan Eropah.

Jika anda mengurus Newcastle United pula, pastinya cabaran utama adalah kembali semula ke Premier League secepat mungkin!

Total Club Management juga berkait dengan sistem Manager Popular Rating.

image_0.img

Manager Popular Rating adalah sistem untuk melihat tahap populariti pengurus tersebut di mata ahli lembaga pengarah.

Caranya mudah – pastikan pemain berjaya mencapai semua sasaran yang ditetapkan dan populariti pemain akan meningkat.

Sistem kewangan

Di FIFA 17, pemain boleh mengetahui nilai kelab menerusi Financial System.

Ini membolehkan pemain untuk mengetahui jumlah keuntungan, perolehan, dan perbelanjaan kelab.

image_1.img

Kini, pemain boleh melihat dengan lebih mendalam butiran kewangan kelab seperti perpidahan, pinjaman pemain, kutipan jualan hari perlawanan, media dan penjualan cendramata.

image_2.img

Financial System juga menyediakan butiran gaji pencari bakat, kos fasiliti bagi akedemi pemain muda, pengurusan stadium serta kos perbelanjaan apabila bertandang ke tempat lawan.

image_3.img

‘Feature’ ini membolehkan pemain untuk sentiasa berhati-hati ketika menguruskan perbelanjaan kelab dan mengelakkan kelab dari muflis!

Karekter pengurus

Kini pemain juga boleh memilih 11 dari rupa karekter pengurus yang telah direka khas untuk Career Mode.

Karekter ini akan berfungsi ketika perlawanan di mana anda akan lihat karekter tersebut berada di kawasan teknikal di tepi padang.

image_4.img

Namun begitu, semua ‘features’ ini hanya boleh didapati di platform PC, Xbox One dan Playstation 4.

Baca juga: FIFA 17 Tambah Liga Jepun , J1 League Selepas Dapat Permintaan Tinggi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN