3-5-2, Formasi Yang Menyokong Bolasepak Dinamik Dan Serangan Balas Segera

Ketika Paris St Germain menggunakan 3-5-2 untuk berdepan dengan Manchester City dalam UEFA Champions League musim pada 2016, Laurent Blanc berkata ia bukan satu taktikal yang boleh dirancang cuma seminggu.

Pada perlawanan suku akhir Piala Eropah 2016 yang lalu Jerman mengadaptasi formasi Itali untuk memaksa Itali bertarung lebih teknikal dengan keupayaan pemain mereka.

Ia bukanlah taktik yang hanya dirancang oleh Jerman ketika di Perancis. Namun ia sudah dipersiapkan sebelum mereka ke sini, kerana mereka tahu akan potensi untuk berhadapan dengan Itali.

Ia adalah formasi taktikal yang agak kompleks kerana jurulatih perlu mengambil kira aspek kelebihan dan kelemahan berdasarkan pemain yang mereka ada.

Taktikal yang lebih sinonim dengan bagaimana pasukan boleh beroperasi dengan baik melalui wingback ketika menyerang dan kembali bertahan dengan cepat untuk mengelakkan diri daripada ditewaskan secara numerical disadvantage / outnumbered ketika bertahan.

Dalam Piala Eropah 2016 yang lalu, pasukan yang konsisten dengan 3-5-2 adalah Wales dan Itali. Dalam Piala Dunia 2014, Louis Van Gaal menggunakan pasukan yang agak sederhana untuk mara jauh dalam kejohanan tersebut.

Chelsea pernah menggunakan sistem ini ketika bermain menentang Atletico pada perlawanan UCL yang lalu.

Tidak lupa juga, Belanda ketika menewaskan Sepanyol 5-1 dengan sistem berasaskan formasi 3-5-2 pada Piala Dunia 2014. Itali turut menewaskan tiki-taka Sepanyol dengan 3-5-2 di Piala Eropah 2016.

Dalam berberapa analisis kami mengenai sistem ini, ia akan menjadi efektif dengan berberapa isu utama diberi penekanan.

1. Harus Memiliki bek sayap sebenar/ True Wingback

163574404.0

Bek sayap adalah berbeza dengan bek sisi. Mereka mirip kepada pemain sisi. Jadi, sifat mereka lebih kepada seorang pemain sisi yang boleh melakukan hantaran dnegan lebih baik.

Dalam perlawanan Euro 2016, Neil Taylor berkongsi pengalaman beliau yang diarahkan bermain peranan tersebut. Beliau mendedahkan bukan mudah untuk bek sisi menjadi bek sayap.

Ia memerlukan pemain cepat untuk belajar. Kerana peranan itu lebih kepada seorang pemain dalam unit tengah.

Namun  Wingback berbeza dengan pemain sayap biasa kerana mereka tidak ada skill yang tinggi untuk menggelecek dan membuat take-ons. Kebanyakan gerakan wingback mereka adalah melalui overlaping.

Namun ada juga bek sayap yang sangat baik dalam aspek menggelecek dan melepasi pihak lawan dengan skil, seperti Dani Alves. Namun aksi mereka sangat direct.

2. Kemampuan melakukan Transisi Dengan Cepat

Dalam perlawanan menentang Belgium, Itali  pada Euro 2016 lalu, Itali memperlihatkan bagaimana cara bermain quick transition sama ada dari menyerang ke bertahan ataupun sebaliknya.

Ia memerlukan pemain faham akan, kelajuan yang diperlukan untuk melakukan transisi dan kembali ke zonal yang mereka perlu cecah dalam keadaan bertahan, seimbang ataupun ofensif.

Ini adalah elemen yang cukup penting kerana ia berkait rapat dengan orientasi taktikal ini sendiri yang fokus kepada memenuhkan kawasan serangan ketika menyerang dengan jumlah pemain yang ramai.

Untuk pasukan yang mengambil pendekatan defensif mereka juga perlu memenuhkan kawasan pertahanan dengan cepat.

3. Pengurusan Pertahanan dan Back 3

Ini adalah antara perkara yang paling penting. 3-5-2 akan berdepan dengan masalah apabila berhadapan dengan pasukan yang memiliki kemampuan untuk memenuhkan kawasan serangan dengan cepat.

Perkara yang paling mustahak adalah ancaman di half space. Ini kerana bila berlaku counter attack, biasanya wingback di high area.

Pasukan yang fluid seperti Barcelona akan mewujudkan bentuk serangan dengan ramai pemain. Antara perkara yang perlu dilakukan jurulatih adalah, untuk memastikan back 3 sentiasa ada sokongan tambahan.

Jurulatih biasanya akan mengarahkan seorang wingback mereka untuk lebih fokus kepada defensif apabila diserang. Itali menggunakan model box to box player untuk membantu back 3 apabila diserang di bahagian half space.

Center back perlu bijak untuk bermain dalam unit dalam ruang/space yang kecil. Kerap berlaku pemain bertembung di satu titik untuk merampas bola dari pihak lawan dan mewujudkan ruang di belakang.

Mereka juga perlu bijak memastikan jarak yang selesa untuk mereka pertahankan apabila wingback naik ke atas. 3 center back ini perlu memastikan 3 sektor utama dikawal.

  • Tengah
  • Half-space
  • Flank

Jadi, man to man marking bukan pilihan yang terbaik untuk bermain sistem ini. Pemain perlu ada kefahaman zonal marking yang tinggi.

italy-back-3-large_trans++2oUEflmHZZHjcYuvN_Gr-bVmXC2g6irFbtWDjolSHWg

4. Stamina Dan Tenaga

Secara tidak langsungnya, formasi 3-5-2 memerlukan pemain melakukan banyak gerakan. 3-5-2 adalah taktikal yang seharusnya dimainkan dengan cara yang dinamik dan progresif.

Jika tidak, ia akan menjadi terlalu rigid dan tidak ada hala tuju serta ketajaman. Dalam perlawanan Belanda menentang Sepanyol pada Piala Dunia Brazil, skuad Louis Van Gaal sangat bertenaga dalam menggerakkan bola dari belakang ke hadapan dengan jaak yang sangat jauh.

Mereka memiliki pemain yang bertenaga di dua sektor wingback serta kelajuan yang ada pada Arjen Robben yang bermain peranan false no.10.

Robben adalah penggerak utama bola ketika counter attack. Van Persie pula memiliki shots conversion yang sangat tinggi ketika itu.

ho

Dalam kejohanan Eropah yang lalu, Itali dan Wales memiliki pasukan yang berstamina tinggi. Mereka juga ada pemain box to box yang sangat dinamik untuk bergerak di dalam padang.

Ini adalah contoh permainan quick transition Itali dengan tenagah luar biasa. Saya fokuskan kepada corak permainan Giaccherini dan Parolo yang sentiasa cuba melakukan larian ke flank di final third dan cuba masuk ke half-space dalam kotak penalti.

Ini untuk mewujudkan ramai pemain di final third dan juga kotak penalti. Plan taktikal yang membuatkan Itali dinamik bertukar dari 3-5-2 (5-3-2) kepada 3-3-4.

gia

5. Risiko Taktikal 3-5-2

Pemain perlu ada kefahaman tentang zonal marking. Terlalu memberikan perhatian kepada man marking akan mengundang bahaya jika pihak lawan bermain dengan pemain false 9 atau no.9 moden yang imaginatif.

Mereka akan membuka ruang untuk winger mereka masuk ke half-space.

Dalam gambar di bawah adalah antara penjelasan jika back 3 diarahkan bermain man to man marking.

Ia akan mejadi masalah apabila no.9 pihak lawan adalah jenis false 9 atau no.9 moden yang boleh menerima bola dengan di zon 14 dan mampu menggelecek.

Pemain ini boleh menarik CB tengah naik ke atas dan mencipta ruang di belakang dan half-space.

man mark

Kelemahan lain sistem ini adalah, ia memerlukan CB memiliki kemampuan tinggi untuk melakukan tackle dan interceptions yang tajam.

Ia kerana, potensi untuk menjadi last man defender lebih tinggi jika pasukan kehilangan bola di middle third terutamanya.

Center back perlu ada kemampuan untuk melakukan first tackle, challenge, duel udara yang baik. Dalam erti kata lain, mereka perlu berpegang kepada prinsip no nonsense defending.

Kerisauan utama sudah pastilah isu space organization terutama sekali, ketika wingback masih belum turun ke bawah.

Pemain defensive midfielder yang pantas bertindak sangat diperlukan. 3-5-2 juga sangat mengalu-alukan semaksimum mungkin pemain box to box ke dalam sistem ini.

Anda boleh rujuk kembali perlawanan Atletico menentang Chelsea di mana, anak-anak buah Conte yang bermain sangat baik dalam sistem ini ketika bertahan dan menyerang.

Kesimpulan

Ini adalah formasi yang sesuai dengan bolasepak yang bersifat quick counter attack ataupun quick transition football.

Taktikal ini amat memerlukan kefahaman taktikal yang tinggi oleh para pemain untuk bermain dalam unit serta blok-blok penting. Pemain harus ada kecergasan dan kecerdasan ketika di dalam padang.

Pengurusan ruang (space organization) sentiasa menjadi isu utama dalam bermain sistem ini. Taktikal ini juga bukan taktikal yang berupaya menghasilkan terlalu banyak peluang.

Jadi, kualiti penyerang untuk menyudahkan peluang mahupun counter attack amat perlu.

Dari segi pemilihan CB, amat perlu untuk memiliki pemain CB yang boleh memegang bola untuk taktikal yang berasaskan build up dari belakang.

Ia juga akan lebih bagus jika ada goalkeeper-sweeper dalam memberikan tambahan numerical di belakang ketika memegang bola.

Taktikal ini boleh menjadi pemusnah pihak lawan dan pada masa yang sama jika gagal dimainkan dengan sistematik, ia boleh menjadi bom jangka yang meletuskan diri sendiri (self-destruction).

Baca juga: Menghurai Formasi Taktikal 4-2-3-1 Moden

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN