EA Sports dan FIFA secara rasmi dilaporkan telah menamatkan kerjasama dua hala di antara dua entiti tersebut.
Perkhabaran terbaru ini tidak mengejutkan setelah sekian lama menjadi khabar angin ia akan berlaku. Ia akhirnya disahkan melalui laman sesawang EA Sports yang menyatakan perubahan akan mulai dilakukan mulai tahun hadapan.
Selepas itu permainan video terkenal yang sinonim dengan kaki bola itu akan dikenali sebagai EA Sports FC, dan lesen eksklusif untuk era baharu permainan tersebut akan dikekalkan.
Butiran lanjut mengenai perkara itu akan didedahkan pada musim panas nanti.
Tamatnya kerjasama 30 tahun
Pengumuman terbaru ini menamatkan kerjasama selama 30 tahun di antara EA dan FIFA sejak permainan video francais terkenal itu diperkenalkan pada 1995.
Nama-nama seperti Premier League, UEFA dan Nike akan terus bersama permainan video bola sepak keluaran EA, dan FIFA 23 akan menjadi edisi terakhir permainan ini di bawah perjanjian sedia ada.
Join The Club
Learn more July 2023#EASPORTSFCMore details: https://t.co/3fi6YPOH2G pic.twitter.com/75FLzjOapN
— EA SPORTS FC (@EASPORTSFC) May 10, 2022
“Platoform baharu berkecuali ini akan membuka lebih banyak peluang – untuk inovasi kreativiti dan evolusi. Ia lebih daripada sekadar menukar simbol – tatkala EA Sports komited untuk EA Sports FC menjadi simbol perubahan,” kata kenyataan daripada syarikat pembuat permainan video itu.
“Kami akan mengekalkan dedikasi untuk terus melabur di dalam bidang sukan, dan teruja untuk bekerja dengan lebih ramai pemegang taruh untuk mengembangkan pengalaman dan keterujaan pemainan ini inkusif untuk komuniti peminat global. Saya akan berkongsi lebih banyak butiran mengenai pelan baharu ini pada bulan-bulan akan datang.”
FIFA 23 edisi terakhir
Sebelum memperkenalkan EA Sports FC, pihak EA akan mengeluarkan FIFA 23 sebagai edisi terakhir permainan itu yang bekerjasama dengan FIFA.
“EA SPORTS FC akan membolehkan kami merealisasikan untuk masa depan dengan lebih banyak, tetapi ia akan dilakukan selepas kami memperkenalkankan permainan kami yang paling luas dengan rakan kongsi hak penamaan semasa kami, FIFA, untuk satu tahun lagi.
“Kami komited untuk memastikan permainan FIFA seterusnya adalah yang terbaik, dengan lebih banyak ciri, mod permainan, kandungan Piala Dunia, kelab, liga, pertandingan dan pemain berbanding mana-mana gelaran FIFA sebelum ini.
https://twitter.com/Nibellion/status/1524056183274889222?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1524056183274889222%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sportbible.com%2F
“Pada masa sama kami turut teruja untuk masa depan bola sepak global bersama anda, dan gembira untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai EA Sports FC pada musim panas 2023.
“Masa depan sukan ini amat luas dan cerah, dan bola sepak amat terkenal melangkaui setiap sudut dunia. Bola sepak global telah menjadi sebahagian daripada EA Sports untuk hampir 30 tahun – dan pada hari ini, kami memberi jaminan ia akan diteruskan untuk berdekad seterusnya.”
Permainan video bola sepak paling popular dunia oleh FIFA ini mengandungi lebih 300 lesen individu untuk pemegang taruh, dan mengandungi lebih 19 ribu pemain daripada 700 pasukan, lebih daripada 100 stadium dan 30 liga, selain pertandingan elit seperti UEFA Champions League dan Europa League.