[VIDEO]: Lihat Gol Ikonik Di Canio Yang Dilakar Semula Zhafri Yahya Ke Gawang Penang

Paolo Di Canio Wet Ham gol ikonik Zhafri Yahya 2022

Seperti jaringan bekas penyerang West Ham United, Paolo Di Canio, itulah gambaran jaringan oleh penyerang KL City, Zhafri Yahya yang menghiasi kemenangan 3-2 mereka ke atas pasukan bergelut, Penang.

Ia membantu KL City menempatkan diri di kelompok lima teratas Liga Super 2022 setelah mengumpul 12 mata daripada lapan perlawanan. Sementara Penang pula dilihat terus bergelut di dasar liga dengan hanya tiga mata.

Gol Zhafri itu hadir di minit ke-77 untuk The City Boys mendahului aksi 3-0. Bermula dengan sepakan penjuru oleh kapten, Paolo Josue, bola itu ditumbuk keluar oleh Khatul Anuar sebelum ia tiba di depan Zhafri yang tidak menunggu lama dan terus melepaskan voli scissor kick dari luar kotak penalti pelawat.

Umpama gol ikonik Di Canio yang dilakar musim 1999/2000 apabila mereka membenam Wimbledon 2-1 di Premier League, Zhafri dilihat tenang menciptanya semula ke gawang terbuka Penang.

Gol itu diiktiraf sebagai gol terbaik oleh BBC dan ia dilakar pada musim pertamanya bersama West Ham.

Terkenal sebagai penyerang berbakat namun penuh kontroversi, Di Canio pernah ‘merumput’ seketika di Premier League selepas menyertai Sheffield Wednesday pada musim 1997/1998.

Menyertai The Hammers tatkala dalam tempoh penggantungan, beliau diharap akan membantu kelab tersebut dengan keupayaannya ketika bersama bola.

Sebelum jaringan tersebut, KL City mendahului babak pertama dengan kedudukan 1-0 hasil jaringan minit ke-43 oleh J. Partiban.

Hasil kekalutan yang berlaku di depan gawang pelawat, Partiban memanfaatkan ruang sempit yang didapatinya dari Akram Mahinan dengan gol meleret ke sudut kanan gawang yang dikawal Khatul.

Penang mengharapkan aura pengendali sementara, Manzoor Azwira yang telah mengambil alih daripada Tomas Trucha selepas enam aksi buruk mereka di permulaan musim 2022 tanpa sebarang kemenangan.

Perubahan ketara dapat dilihat apabila beberapa pemain utama tiada dalam pasukan disebabkan kecederaan iaitu Casagrande dan Rafael Vitor selain Christian Rontini yang terlibat dengan Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Perkara ini yang tidak membantu Manzoor untuk meraih kemenangan pertama. Selepas jaringan tersebut, KL City meneruskan cengkaman dengan gol kedua yang menjelma pada minit ke-55 apabila bek tengah, Khairul Akmal terlepas bola kepada Josue yang memanfaatkan ruang itu dengan hantaran kepada Romel Morales.

Selepas jaringan ikonik ala Di Canio oleh Zhafri, Penang kembali merapatkan kedudukan menerusi dua jaringan oleh Endrick dos Santos pada minit ke-80 menerusi sepakan penalti dan jaringan Hilal El-Helwe di minit ke-87, namun ia tidak cukup untuk membantu Harimau Kumbang kembali bangkit daripada dua kekalahan.

Bagaimana rating anda untuk gol cantik Zhafri tersebut? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN