Dwight Yorke Hantar CV Mohon Jawatan Pengendali Aston Villa

Bekas penyerang Aston Villa, Dwight Yorke berminat menjadi pengurus kelab Championship itu dan yakin mampu mengembalikan semula mentaliti kemenangan kelab Midland yang sedang bergelut itu.

Villa yang hanya menang tiga dalam 11 perlawanan mereka kini menduduki tempat ke-13 menyingkirkan Steve Bruce pada Rabu lalu dan menamakan jurulatih skuad B-23 Kevin Macdonald sebagai pengendali sementara. Menurut kelab mereka kini mencari pengganti Bruce.

“Saya sudah pun mengorak langkah dan menghantar CV. Saya sebenarnya cuba menghubungi ketua eksekutif Villa,” kata Yorke pada Sky Sports.

“Saya pernah beraksi bersama mereka dan memahami apa yang diharapkan oleh kelab dan penyokong mereka. Saya rasa saya mampu mengembalikan mentaliti kemenangan kepada kelab ini.”

Yorke yang menjaringkan 97 gol dalam lebih 250 penampilan bersama Villa sebelum menyertai Manchester United pernah melahirkan hasrat sama ketika Tim Sherwood dipecat pada 2015.

“Dia (Sherwood) memberi panduan mengenai apa yang gagal dicapainya, oleh itu sedikit sebanyak saya tahu apa yang diperlukan kelab ini,” kata Yorke.

Pengalaman kejurulatihan Yorke sebelum ini ialah sebagai penolong pengurus kelab tempatan di tempat kelahirannya di Trinidad & Tobago di antara 2009 dan 2010.

Bekas juara Eropah Villa seri 3-3 di tempat sendiri dengan Preston North pada Selasa lalu yang membawa kepada pemecatan Bruce.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN