Duo Real Madrid Hazard & Casemiro Disahkan Positif COVID-19

Eden Hazard Casemiro

Kem Real Madrid menerima khabar duka apabila dua pemain utamanya Eden Hazard dan Casemiro disahkan akan terlepas perlawanan hujung minggu ini berdepan Valancia selepas disahkan dijangkiti wabak COVID-19.

Pengumuman yang dibuat menerusi laman web rasmi kelab tersebut mengesahkan pemain sayap Belgium dan pemain tengah Brazil itu perlu menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing sebelum dibenarkan kembali beraksi.

Malang buat Hazard yang baru sahaja kembali daripada kecederaan selepas terlepas sebahagian besar aksi musim 2020/21 di mana beliau hanya tampil dalam tiga perlawanan sahaja setakat ini.

Manakala Casemiro pula setakat ini tidak pernah terlepas sebarang perlawanan bersama Los Blancos. Beliau dilaporkan turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan lain pada Jumaat sebagai persiapan untuk kunjungan ke Mastella.

Bagaimanapun kelab tersebut mengesahkan pemain-pemain lain sudah disahkan negatif dan boleh meneruskan perlawanan pada minggu ini.

“Semua pemain lain dan staf kejurulatihan untuk skuad utama termasuk semua pekerja kelab telah menunjukkan keputusan negatif selepas menjalani ujian saringan.

Sebelum ini, seorang lagi pemain Brazil Eder Militao telah disahkan positif dan terlepas perlawanan berdepan Inter Milan dan saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Selasa lalu.

Skuad kendalian Zinedine Zidane itu dijangka terus mengekalkan Lucas Vasquez di posisi pertahanan kanan selepas tiga pilihan lain Dani Carvajal, Alvaro Morata dan Nacho Fernandez semuanya belum pulih dari kecederaan.

Real Madrid kini berada di tangga kedua liga selepas tujuh perlawanan dengan 16 mata, satu mata di belakang pendahulu Real Sociedad yang beraksi lebih satu perlawanan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Real Madrid:

Kembali Cergas, Eden Hazard Kini Sedia ‘Gegar’ La Liga

Barcelona Mengadu Pengadil El Clasico Seorang ‘Madridista’

El Clasico: Real Madrid Gah Kuasai Bumi Catalan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN