Dulu Seorang Pemain Bola, Kini Berubah Jadi ‘Tokan’ Dadah

Cyberlynx tokan dadah

Bola sepak dipandang sebagai sebuah dunia yang cukup indah.

Ianya permainan yang dicintai oleh penduduk dunia, penyokong yang fanatik, gaji yang tinggi buat si pemain dan banyak lagi.

Namun, tiada yang sempurna di dunia ini begitu juga dengan bola sepak.

Disebalik keindahan tersebut, dunia bola sepak juga boleh menjadi satu tempat yang kejam terutamanya buat pemain akademi.

Terjerumus ke lembah hina

England merupakan salah sebuah negara yang menghasilkan ramai pemain terulung dunia sejak zaman berzaman.

Namun, seramai-ramai pemain yang berjaya itu terdapat lebih ramai yang kecundang sebelum bermula.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Sky News, hanya 0.5% daripada 3,5000 pemain di akademi seluruh kelab Premier League berjaya meneruskan kerjaya mereka di peringkat profesional.

Peratusan yang teramat kecil ini menimbulkan persoalan, apa yang jadi kepada baki yang kecundang itu?

Bagi Kofi Anoyke-Boadi, beliau mungkin pernah bermain bersama-sama Reiss Nelson dan Jadon Sancho, namun jalannya tidak sama seperti mereka.

Selepas dilepaskan oleh akademi Barnet, Kofi mula mendedahkan dirinya dengan kehidupan samseng di kawasan kejiranannya iaitu tenggara London.

Bagi penduduk tenggara London seperti Kofi, mereka menanggap bola sepak sebagai peluang untuk lari dari kemiskinan dan realiti hidup yang sukar.

Jadi tidak hairanlah apabila gagal, Kofi memilih jalan gelap untuk ‘lari’ dari realiti yang beliau tidak berjaya menjadi pemain profesional.

kofi cyberlynx
Kofi (kiri), bersama-sama Reiss Nelson dan Jadon Sancho ketika remaja. GAMBAR: Sky News

Begitu juga dengan Tom Hamilton yang dilepaskan oleh akademi Bristol City pada usia 19 tahun.

Trauma yang dihadapinya tidak berlaku secara pantas tetapi cuma terjadi beberapa tahun selepas beliau dilepaskan.

“Hidup saya dibina disekeliling dunia bola sepak, mahu menjadi popular dan disukai ramai.”

Bola sepak profesional menjanjikan pendapatan yang lumayan, dan selepas dilepaskan Hamilton mula mencari jalan lain untuk mendapatkan wang yang banyak.

“Di mana saya boleh cari wang, status dan gaya hidup yang hampir sama dengan bola sepak?”

“Rakan-rakan yang saya kenal di kawasan kejiranan saya menjadi ‘tokan’ dadah, dan saya terfikir yang saya pun boleh buat demikian. Selepas itu saya mula melakukan perkara yang sama.”

Hamilton kemudiannya ditangkap polis kerana berada di bawah pengaruh kokain dan dimasukkan di pusat pemulihan akhlak.

Beliau yang pada mulanya mengharumkan nama Bristol kini telah mencemarkannya.

Pendidikan itu penting

Jelas sekali, majoriti pemain bola sepak tidak mempunyai karier alternatif atau latar belakang pendidikan yang baik sebagai pelindung diri jika karier tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Bagi bekas pemain UiTM FC, Khairil Azwa, pendidikan mampu menjadi penyelamat jika karier yang diharap tidak menjadi.

“Bagi saya, pendidikan bagi pemain bola sepak amatlah penting. Ia boleh membantu dan menjamin masa depan sekiranya ada sesuatu yang boleh menghalang anda untuk pergi lebih jauh.”

Kini menjadi pegawai eksekutif di Institut Sukan Negara, Azwa menggunakan kelulusan yang ada padanya dalam bidang pengurusan sukan untuk bangkit semula selepas dibelenggu kecederaan ketika beraksi bersama UiTM FC di Liga Premier.

Pada hemat Azwa, amat penting untuk seseorang pemain itu mempunyai persediaan mental yang baik untuk berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kecederaan serius yang menamatkan karier.

“Saya pernah mengalaminya sendiri, di mana ada suatu ketika itu saya berada di dalam situasi yang paling sukar apabila kerap kali mengalami kecedaraan dan merasakan tidak mampu lagi bersaing di peringkat tertinggi.”

“Jujur saya katakan, aspek psikologi dalam sukan amatlah penting dan tidak boleh lagi dipandang remeh dalam setiap pasukan professional mahupun atlet itu sendiri.”

Bagi jurulatih bola sepak iaitu P. Ganesan, beliau sering mengingatkan pemainnya betapa pentingnya pendidikan kerana bola sepak bukan sekadar menjadi pemain dan pengurus sahaja.

“Ramai jurulatih ada lesen kejurulatihan tetapi tiada pasukan nak diurus. Pada saya, pendidikan amat penting kerana apabila karier sudah tamat, pemain boleh mencari kerja dalam bidang kelulusan mereka,” ujar Ganesan yang merupakan jurulatih bagi HELP University.

Ketua jurulatih HELP University, P. Ganesan memerhatikan anak buahnya memanas badan sebelum menentang UMK dalam perlawanan separuh akhir Divisyen 2 Liga IPT 2018.

Tambah Ganesan lagi, sistem bola sepak di negara kita yang lemah juga mendorong kepada kurangnya kesedaran terhadap pendidikan oleh pemain.

“Kasihan kepada pemain kerana ini tidak diajar untuk bersedia dari segi mental kalau apa-apa jadi dengan karier mereka.”

“Tiada sistem pendidkan yang baik untuk pemain di negara kita. Mereka seperti anak muda lain, perlukan pendidkan kerana ia penting buat mereka. Nak jadi tukang jawab telefon pun sekarang perlukan diploma tahu.”

Perjalanan belum berakhir

Bola sepak merupakan industri yang cukup luas pada hari ini dan dengan pendidikan yang tepat, anda masih boleh menguasai sukan tersebut walaupun bukan sebagai pemain.

Oleh kerana itu, Kolej Antarabangsa Cyberlynx menyediakan program Diploma Pengajian Bola Sepak yang bakal mempersiapkan pelajar dengan ilmu mengenai industri sukan itu dari sudut pengurusan dan sains sukan.

cyberlynx

Hasil pengajian selama dua tahun setengah yang ditawarkan mereka, graduan boleh memilih untuk menyambung karier mereka dalam bidang pengurusan bola sepak atau sains sukan.

Ketahui lebih lanjut mengenai Diploma Pengajian Bola Sepak di Cyberlynx dengan klik di sini. Dengan Cyberlynx, anda bukan saja kuasai padang bola sepak, tetapi industrinya juga.

Baca juga artikel terkini kami:

Bojan Hodak Tak Ikut Kemahuan Dominique Untuk Suntik ‘Painkiller’

Apa Itu Malaria, Kesan Kepada Aubameyang Dan Kemungkinan Jangkitan Di Malaysia?

Kenapa Dollah Salleh Ramal Kebangkitan Sri Pahang Berdepan Penang Nanti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN