Melaburkan dana yang besar sebenarnya bukanlah satu jaminan untuk sesebuah kelab itu memenangi sesuatu kejuaraan berprestij dan ia terbukti berdasarkan rekod lima kelab bola sepak yang mengeluarkan dana terbesar dalam tempoh sedekad terakhir ini.
Barcelona, Arsenal, Paris Saint Germain, Manchester City dan Manchester United merupakan lima kelab yang telah mencatatkan perbelanjaan terbesar di dunia dalam tempoh sedekad ini.
Melihat kepada rekod perbelanjaan yang dicatatkan oleh kelima-lima pasukan ini, mereka sebenarnya lebih dari mampu untuk menjadi kuasa besar dalam dunia bola sepak hari ini.
Chelsea’s net spend over the last five years (£230m) has been £392m less than Manchester United (£622m), and £388m less than Manchester City (£618m).
We also have a lower figure in that time than Arsenal (£331m), who’s net spend has been over £100m more. pic.twitter.com/o38eld9BMy
— LDN (@LDNFootbalI) August 6, 2021
Manchester United berbelanja sehingga lebih dari €1 billion dalam tempoh sedekad terakhir ini, namun mereka masih gagal untuk memenangi gelaran Champions League sepanjang tempoh tersebut.
Bahkan mereka juga sebenarnya sudah lama tidak memenangi sebarang kejuaraan dan jelas sekali para penyokong mereka sangat rindu untuk melihat bunga api di Old Trafford.
Manchester City dan Paris Saint Germain juga sebenarnya sudah mengeluarkan dana yang cukup besar untuk memperkuat skuad mereka, namun malangnya mereka masih gagal untuk memenangi gelaran Champions League.
Kedua-dua pasukan tidak dinafikan lagi sememangnya kuasa besar dalam liga masing-masing dengan mereka boleh dikatakan setiap musim akan mampu menyapu beberapa gelaran domestik di England dan Perancis.
Most expensive defender = Maguire
Most expensive midfielder = Pogba
Most expensive winger = AnthonyManchester United have the highest transfer spend in world football since 2017 (£765m net).
Yet they haven’t won a trophy in 6 years 😭😭 pic.twitter.com/p9ZcYBBxLI
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) August 29, 2022
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka masih gagal untuk menjulang piala paling berprestij dalam dunia bola sepak dan ia merupakan kejuaraan yang paling diimpikan oleh mereka.
Dari lima kelab yang ada dalam senarai tersebut, hanya Barcelona sahaja yang berjaya memenangi gelaran Champions League dan mereka juga hanya mampu melakukan hal itu pada tahun 2015 yang lalu.
Arsenal walau sudah mengeluarkan belanja yang sangat besar dalam tempoh 10 tahun terakhir ini, namun mereka masih gagal untuk memenangi gelaran Champions League dan mereka bahkan turut bergelut untuk dapat beraksi di pentas terbesar dalam saingan bola sepak Eropah itu.
Berikut merupakan rekod perbelanjaan lima kelab tersebut yang mana ia telah termasuk segala hasil penjualan dan pembelian pemain dalam tempoh sedekad ini.
Manchester United's net spend is the highest of any club in Europe's top five leagues over the last ten seasons.
They've spent just over €1 BILLION, according to the CIES Football Observatory 😳 pic.twitter.com/PzEzlgfEQz
— GOAL (@goal) February 7, 2022
5) Perbelanjaan bersih dalam tempoh sedekad- €637 juta – Barcelona
4) Perbelanjaan bersih dalam tempoh sedekad- €735 juta – Arsenal
3) Perbelanjaan bersih dalam tempoh sedekad- €804 juta – Paris Saint Germain
2) Perbelanjaan bersih dalam tempoh sedekad- €932 juta – Manchester City
1) Perbelanjaan bersih dalam tempoh sedekad- €1.175 billion – Manchester United
Kesemua kelab tersebut telah mengeluarkan dana yang sangat besar untuk membeli pemain, namun begitu mereka masih gagal untuk membawa pulang gelaran Champions League.
Five teams that are Champions League favourite @sportscliffs https://t.co/nHQ4iCihUE @PSG_English @BayernMunich69 @ManCity @FCBarcelona @realmadriden @ChampionsLeague #ChampionsLeague #UEFA #Sportscliffs pic.twitter.com/UvIoyyl3OI
— Sportscliffs (@sportscliffs) September 6, 2022
Mengapa kejuaraan Champions League dijadikan kayu ukur? adakah kejayaan Manchester City dan Paris Saint Germain memenangi gelaran domestik tidak dianggap kejayaan cemerlang?
Untuk dianggap sebagai kuasa besar dalam dunia bola sepak, sesebuah kelab itu tentu saja perlu memenangi kejohanan berprestij dan bukannya hanya menjadi jagoh kampung semata-mata.
Manchester City dan Paris Saint Germain sendiri sebenarnya sanggup berbelanja besar hanya kerana mereka sangat terdesak mahu menjuarai saingan Champions League.
Adakah pasukan yang tidak berbelanja besar mampu untuk mencapai kejayaan yang gemilang?
Cristiano Ronaldo has the most appearances (183) and goals (140) in Champions League history.
For the first time in his career, he's playing in the Europa League 😬 pic.twitter.com/lVeplj7TUX
— B/R Football (@brfootball) September 8, 2022
Real Madrid sebenarnya berada di kedudukan ke-36 dalam senarai tersebut selepas mereka hanya mengeluarkan dana bernilai €120 juta sahaja sepanjang tempoh tersebut.
Apa yang mengejutkan adalah skuad Los Blancos itu mampu memenangi lima gelaran Champions League sepanjang tempoh tersebut walau mereka tak begitu banyak berbelanja.
Gergasi La Liga itu bahkan mencatatkan jumlah perbelanjaan yang jauh lebih rendah dari Brighton, Parma dan beberapa kelab di Asia.
Real Madrid membuktikan yang duit bukanlah segala-galanya untuk membantu mereka mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Real Madrid finally brought the Champions League home to the Bernabeu 🤍 pic.twitter.com/w2BllWK62i
— GOAL (@goal) September 3, 2022
Mengapa Man United boleh berbelanja sehingga lebih €1 billion?
Ia kerana mereka sekadar mengeluarkan duit untuk membeli pemain dan mereka gagal untuk menjual pemain sedia ada dengan nilai yang selayaknya.
Man United kerap kali menjadi mangsa mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan pemain sasaran mereka dan skuad The Red Devils itu juga kerap melepaskan pemain mereka sebagai pemain bebas ejen.