Menjelang saingan Liga 1 Indonesia yang bakal bermula tidak lama lagi, pengurusan Persib Bandung telah pun memberi nasihat kepada para penyokong fanatik mereka supaya lebih menjaga tingkah laku dan tidak membuat masalah.
Pengarah Persib Bandung iaitu Teddy Tjahjono sendiri mengesahkan perkara tersebut dengan hingga saat ini pihaknya masih cuba memberi kesedaran buat penyokong dari pelbagai sudut.
FT: PERSIB 4 – 0 Tim Porprov Kota Bandung
Arsan ⚽️⚽️
Erwin ⚽️
Abdul Aziz ⚽️#PERSIB pic.twitter.com/MSCD8ooUUW— PERSIB (@persib) July 13, 2022
Pada aksi musim akan datang ini, Persib dilihat bakal menjadi Stadium Gelora Bandung Lautan Api (GBLA) selaku laman rasmi mereka yang terletak di Kota Bandung.
Stadium yang mampu menampung penyokong dengan kapasiti 38 ribu orang itu ketika ini masih lagi sedang diselenggara untuk menambah baik dari pelbagai aspek untuk menghadapi saingan tidak lama lagi.
“Saat ini kami masih lagi mengadakan perbincangan bersama kelompok penyokong setia pasukan agar mampu menjaga tata tertib dan hanya pemilik tiket sebenar sahaja dibenarkan masuk ke stadium,” tegas Teddy.
Keberhasilan penyelenggaraan Piala Presiden 2022 tak lepas dari peran semua pihak, termasuk Bobotoh.
— PERSIB (@persib) June 17, 2022
Untuk aksi pertama mereka sebaik sahaja tirai saingan liga dibuka, Persib bakal berkunjung ke gelanggang lawan untuk bertemu Bhayangkara FC.
Menurut Bola.com, sistem penjualan tiket pada musim akan datang tetap dibuat menerusi sistem online dengan bersambung kepada aplikasi Peduli Lindungi.
“Nasihat kami kepada para penyokong, sekiranya anda tidak mempunyai tiket sebaiknya lebih baik duduk di rumah dan menonton di kaca televisyen sahaja.
“Kami akan terus membuat kempen nasihat ini secara berterusan kepada para penyokong sehingga saingan liga bermula.
“Untuk sistem jualan tiket musim terbaharu ini, kami tetap menjual keseluruhan secara online dan bakal bersambung terus kepada aplikasi Peduli Lindungi,” jelas Teddy lagi.
Dalam masa sama, Teddy juga mengingatkan kepad para penyokong agar sentiasa berwaspada dan mematuhi syarat ditetapkan kerajaan supaya wabak Covid-19 dapat dibendung.
“Kerajaan juga sudah mengingatkan jika orang ramai ingin ke tempat terbuka perlu mengambil suntikan dos booster.
“Oleh sebab itu kami menjual tiket secara online agar dapat bersambung kepada aplikasi tersebut dan sekali gus mengetahui status setiap orang yang mengambil suntikan booster atau tidak,” kata Teddy.
Selain itu, Teddy juga menjelaskan pihak mereka sentiasa berusaha untuk memberi kemudahan lebih baik buat penyokong, dengan menyatakan GBLA bakal mengamalkan sistem tiket bernombor agar setiap tempat duduk lebih terjamin.