Dua ‘Ubi’ Muda Kedah Bakal Timba Pengalaman Baharu Di Sepanyol

Kedah sekali lagi membuktikan mereka antara pasukan yang saban tahun berjaya melahirkan produk berkualiti untuk dibawa beraksi di pentas Liga Malaysia (Liga M) sebagai pelapis masa depan negara.

Rata-rata pemain muda sebelum ini yang diperkenalkan telah mendapat tempat dan kini selesa beraksi bersama pasukan Kedah atau mana-mana pasukan yang diwakili untuk membuktikan kualiti mereka amat baik selaku pemain profesional.

Terkini, dua pemain dari Akademi Hijau Kuning Football Club (HKFC) akan memulakan langkah baharu mereka selaku pemain bola sepak masa depan negara apabila bakal mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa dengan menjalani rutin latihan dan pemilihan bersama beberapa kelab bolak sepak di Sepanyol menjelang pertengahan tahun ini.

Berita tersebut disampaikan melalui Facebook rasmi Kedah dengan pengesahan oleh Muhammad Talhah Zainol selaku Presiden HKFC dengan dua pemain dari akademi beliau yang berusia 17 tahun bakal menjalani sesi latihan dan pemilihan bersama beberapa kelab Divisyen 3 atau 4 yang berpangkalan di Sepanyol.

Jelas beliau, kedua pemain tersebut iaitu Muhammad Hafiy Hamdan dan Muhammad Farhan Mohd Firdaus yang beraksi di posisi penyerang itu dijangka berlepas ke Sepanyol pada bulan Jun atau Julai dengan sesuatu tempoh yang masih dalam proses perbincangan.

“Kita sasar dengan dua pemain ini akan menjadi satu mukadimah, rangsangan, dan suntikan semangat kepada remaja lain di Kedah untuk berusaha dengan lebih keras (agar terpilih berlatih di luar negara).

“Selain itu, kita juga cuba untuk mengambil peluang ini untuk mengubah dan membina industri bola sepak,” katanya pada Pelancaran Program Akademi Sesi Pemilihan dan Latihan Akademi Hijau Kuning FC di Pejabat Kedah Darul Aman FC (KDA) FC di Bangunan PKNK, dekat sini pada Khamis menerusi petikan Sinar Harian.

Dalam masa sama, Muhammad Hafiy melahirkan rasa gembira apabila impiannya yang mahu beraksi dan menimba ilmu di luar negara bakal dikecapi tidak lama lagi setelah beliau dipilih oleh HKFC.

“Saya amat teruja dengan khabar gembira ini, Insya-ALLAH saya akan buat yang terbaik dan kerja keras untuk berjaya,” ujarnya.

Rasa yang sama turut dialami oleh seorang lagi rakan beliau yang turut sama akan ke Sepanyol, Muhammad Farhan yang mendedahkan diri akan memanfaatkan segala peluang keemasan yang sudah terbuka untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Setakat ini antara bakat-bakat Kedah yang telah berjaya dicungkil menjadi pemain bola sepak profesional ialah Akhyar Rashid, Muhammad Fayadh, Fadzrul Danel, Halim Shaari, dan Aiman Afif telah membuktikan kecemerlangan mereka.

Manakala ada beberapa pemain lain yang menanti peluang beraksi di pentas lebih tinggi yang kini beraksi di Liga M3 ialah Hasri Firzan, Zhafir, dan Syabani.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN