Dua Tahun Masih Senyap, Kerajaan Negeri Diminta Beri Kerjasama Untuk Bola Sepak Kelantan

Norizam Tukiman selaku pemilik Kelantan yang beraksi di saingan Liga Premier berharap agar kerajaan negeri dapat memberi kata putus agar meluluskan permohonan pasukan tersebut bagi membina tempat latihan khas setelah hampir dua tahun sudah dikemukakan oleh pihaknya namun sehingga kini masih belum ada jawapan diberi.

Jelas Norizam, setakat ini pihaknya telah menetapkan sasaran bagi membina satu ekosistem bola sepak lengkap dengan tempat penginapan, padang sintetik, padang futsal, dan beberapa fasiliti lain di tanah berkeluasan tidak kurang daripada 10 hektar.

“Kita sudah buat permohonan sejak dua tahun lalu, namun hingga kini tidak tahu status permohonan sama ada dalam proses dipertimbangkan, diluluskan atau apa…

“Kita bersangka baik mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi sekarang dah tak ada alasan sebab aktiviti sudah dibenarkan,” katanya ketika ditemui di sini menerusi Berita Harian.

Pemilik francais Zamburger ini juga menjelaskan pihaknya setakat ini hanya perlukan kerjasama daripada kerajaan negeri atau pihak bertanggungjawab dalam meluluskan tanah bagi pembinaan tempat latihan, namun segala kos perbelanjaan akan ditanggung sendiri oleh kelab.

Tambah Norizam, pihaknya juga bersedia sekiranya kerajaan negeri mahu membuat perjanjian bangun guna serah atau BOT (build operation transfer) untuk kawasan tanah yang bakal dibangunkan.

“Kalau kerajaan negeri nak berkongsi, saya berlapang dada. Jika nak buat kemudian, pulangkan seperti buat BOT, juga boleh. Kita cuma mahukan pembangunan bola sepak diwujudkan.

“Kelab (Kelantan FC) dah lama, tapi tiada aset, ni kita nak buat aset. Kalau betul serius dalam membangunkan masa depan bola sepak negara, inilah caranya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Norizam juga berkata pihaknya juga telah bersedia untuk mengadakan perjumpaan bersama kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

“Kita cadang buat di Tumpat, tapi kawasan banjir pula, kalau boleh, biar kawasan tidak banjir, pemain dah bersungguh, kena ada padang khas untuk mereka. Ini juga untuk semua orang Kelantan,” katanya.

Mengenai perkembangan semasa pasukan, pemilik kelab yang berasal dari Johor tersebut menyatakan sebab mengapa tiga import serangan ditandatangani musim baharu ini adalah kerana mereka mahu menjaringkan lebih banyak gol.

Menurut beliau, jika bermain bagus namun akhirnya jumlah gol jua yang menjadi penentu kejayaan pasukan.

“Tahun ini kita perlu lebihkan jumlah serangan, hanya dengan gol kita akan ke Liga Super. Pertahanan penting tapi kita kena yakin dengan pertahanan tempatan,” katanya.

Musim ini, Kelantan telah menandatangani tiga pemain import serangan dengan salah seorang daripada mereka adalah pemain kebangsaan Lubnan iaitu Fadel Antar yang sebelum ini cemerlang beraksi bersama Shabab Sahel di negara tersebut.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN