Dua Pemain Manchester United Jadi Mangsa Serangan Perkauman

Manchester United

Dua pemain Manchester United, Axel Tuanzebe dan juga Anthony Martial kini menjadi subjek kepada serangan perkauman oleh penyokong selepas perlawanan menentang Sheffield United.

Perlawanan tersebut yang menyaksikan kekalahan buat United di laman sendiri telah mengundang rasa tidak senang warganet yang kemudiannya memberikan kritikan melampau kepada dua pemain tersebut.

Tuanzebe menjadi sasaran akibat bola terkena pantulannya yang kemudiannya menerjah jaring sementara Martial pula tidak beraksi baik sepanjang perlawanan.

Kedua-dua pemain itu kemudiannya diserang di laman media sosial mereka iaitu di Instagram dan juga Twitter menerusi emoji monyet yang dianggap sensitif bagi warga kulit hitam.

United di dalam kenyataannya membidas tindakan tersebut yang dilakukan oleh mereka yang berselindung menerusi akaun media sosial.

“Kami di Manchester United amatlah berasa jijik dengan serangan perkauman yang diterima oleh pemain menerusi media sosial.”

“Kami amatlah mengeji tindakan ini dan mahu penyokong juga turut serta mengecam tindakan itu,” kata Manchester United menerusi laman rasmi mereka.

Menurut United, mereka jelas sekali tidak mempunyai timbang rasa mengenai perbuatan terkutuk ini. Sebaliknya, mereka mahukan platform media sosial dan pihak berkuasa untuk lebih mengetatkan penguatkuasaan supaya si pelaku boleh ditangkap.

Ingat, tiada ruang untuk perkauman di mana-mana pun!

Baca juga artikel kami mengenai Manchester United:

Alex Telles: Saya Datang Ke Manchester United Untuk Bermain (semuanyabola.com)

5 Pemain Manchester United Yang Balik Lewat Untuk Latihan Tambahan Sepakan Percuma (semuanyabola.com)

Statistik Di Sebalik Keyakinan Bruno Fernandes Manchester United Mampu Jadi Juara EPL Musim Ini (semuanyabola.com)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN