Habis Musim Nanti Baru Pogba Fikir Nak Kekal Di United Atau Tidak

Paul Pogba Manchester United Kontrak

Peningkatan prestasi Paul Pogba bersama Manchester United sejak akhir-akhir ini tidak menjadi jaminan beliau akan bersetuju untuk melanjutkan kontraknya.

Pemain tengah Perancis itu dilaporkan telah memaklumkan kepada pihak kelab yang beliau akan duduk berbincang mengenai masa depannya setelah musim ini berakhir.

Kontrak pemain berusia 27 tahun itu bersama The Red Devils hanya berbaki 18 bulan sahaja lagi dan telah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford. Ejennya Mino Raiola juga pernah mengatakan Pogba tidak lagi gembira di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.

https://twitter.com/UnitedReveal/status/1353866618296815618?s=20

Namun kenyataan tersebut keluar sebelum Pogba kembali menemui sentuhan terbaiknya yang membawa kepada kejayaan Manchester United menduduki persada liga (untuk beberapa minggu).

“Saya masih ada kontrak, jadi saya masih di sini. Buat masa sekarang saya gembira,” ujar Pogba kepada BT Sports.

“Semua orang tahu saya masih ada kira-kira setahun [baki kontrak], saya akan berbincang dengan pihak kelab untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya.

“”Buat amsa sekarang, matlamat saya di sini adalah untuk memenangi sesuatu, itu sahaja yang saya fikirkan sekarang.”

Sejak kebelakangan ini Pogba beberapa kali menegaskan beliau akan kekal gembira di Old Trafford jika pasukannya terus mencatat kemenangan dan berharap kekalahan kepada Sheffield pada Rabu dapat dijadikan pengajaran.

Sebelum ini pemenang Piala Dunia 2018 itu telah dikaitkan dengan perpindahan semula ke Juventus dan Zinedine Zidane juga dilaporkan berminat untuk membawanya masuk ke Real Madrid.

Namun dengan baki kontrak sedia ada, agak sukar untuk United menjualnya dengan harga tinggi seperti mana nilai £89 juta yang dibelanjakan sebelum ini pada 2016 bagi membawanya pulang ke Old Trafford.

Ole Gunnar Solskjaer baru-baru ini jelas gembira dengan persembahan Pogba dan berharap pemain tersebut dapat terus konsisten dengan prestasinya.

Bagi jurulatih warga Norway, apa yang penting adalah memastikan anak buahnya itu kekal cergas dan tidak dilanda kecederaan.

“Dia telah lakukan segalanya, kami tahu Paul boleh berikan kami lebih daripada ini. Saya lihat dia kini sangat menikmati permainannya, dia gembira dari segi mental dan fizikal,” ujar Solskjaer.

“Kami tak pernah meragui bakatnya dan hari ini kami mendapat hasil terbaik darinya.”

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Paul Pogba dan Manchester United:

Bagaimana Pendekatan ‘Berhikmah’ Solskjaer Di United Berjaya Bangkitkan Semula Pogba

Pogba: Untuk Terus Kekal Di Atas, Manchester United Perlu ‘Angkuh’

5 Pemain Manchester United Yang Balik Lewat Untuk Latihan Tambahan Sepakan Percuma

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN