Dua Pemain Indonesia Sekadar Panas Bangku Simpanan Dalam Aksi Saingan Liga Slovakia

Hasrat para penyokong Indonesia untuk melihat pertemuan dua pemain mereka bertemu di atas padang jelas tidak kesampaian apabila mereka hanya berada di bangku simpanan dalam aksi Super Slovak Liga baru-baru ini.

Pertemuan antara ViOn Zlate Moravce yang diwakili oleh Egy Maulana Vikri serta pasukan baharu disertai Witan Sulaeman, AS Trencin  semalam menyaksikan kedua pemain ini tidak dibawa turun beraksi.

Pada aksi pertembungan kedua pasukan ini, jaringan tunggal pemain tengah Zlate Moravce  iaitu Denis Duga berjaya membantu kelabnya menewaskan AS Trencin dengan keputusan penuh 1-0 di Stadium FC VioN.

Menurut pembantu jurulatih Zlate Moravce, beliau menganggap jaringan gol tersebut sebagai detik perubahan dalam permainan itu yang memberi kemenangan buat mereka.

“Perlawanan ini tidak menjadi sesuatu yang mudah buat kami. Pastinya kami gembira apabila gawang gol tidak dibolosi sepanjang permainan.

“Tambahan pula kami berjaya meledak gol pada penghujung separuh masa pertama dan ini menjadi salah satu faktor mengapa kami mencatat kemenangan,” jelas beliau menerusi CNN Indonesia.

Tambah beliau, pasukan ketika ini sangat memerlukan kemenangan setelah beberapa perlawanan sebelum itu mereka gagal untuk mendapatkan tiga mata penuh.

“Kami jelas memerlukan kemenangan ini. Beberapa perlawanan sebelum ini dihadapi kami ketika menentang Ruzomberok serta Zilina, kami sudah bermain bagus. Cuma kami gagal peroleh tiga mata,” tambah beliau lagi.

Pada masa sama, pengendali AS Trencin iaitu Marian Zimen juga mengakui jaringan tunggal pada penghujung separuh masa pertama tersebut memberi kesan pada perlawanan.

“Kami memerlukan keputusan yang positif sebenarnya pada perlawanan tersebut, kami tahu mengenai kualiti pihak lawan yang sangat bagus ketika ini.

“Kami menjadi serba tidak kena selepas rehat separuh masa pertama dan memberi kesan pada perlawanan. Kami gagal untuk mendapatkan jaringan penyamaan meskipun banyak peluang terhasil,” jelas beliau.

Perlawanan kedua pasukan ini mendapat liputan yang sangat tinggi di Indonesia, setelah dua pemain kebangsaan mereka mewakili kelab terlibat.

Namun pertembungan yang diidamkan oleh para penyokong tidak menjadi kenyataan setelah kedua pemain tersebut hanya bertemu di pinggir padang.

Egy Maulana langsung tidak diberi peluang untuk beraksi pada perlawanan tersebut, manakala Witan hanya dimasukkan pada minit ke-62 selaku pemain simpanan.

Untuk rekod, Zlate Moravce setakat ini berjaya memperoleh kemenangan pertama mereka musim ini setelah melalui 9 perlawanan dalam saingan liga.

Pasukan lawan, AS Trencin pula berada di tangga ketujuh menerusi tiga kemenangan diperoleh mereka untuk mengumpul 11 mata setakat ini.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN