Dua Kecederaan ACL Dalam Tempoh 8 Bulan, Masihkah Ada Sinar Buat Zaniolo?

Nicolo Zaniolo Itali

Kelab Serie A, AS Roma telah pun mengesahkan pemain tengahnya, Nicolo Zaniolo mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) buat kali kedua dalam tempoh kurang dari setahun.

Pemain berusia 21 tahun itu terpaksa dikeluarkan selepas berlanggar dengan Donny van de Beek ketika Itali menang 1-0 ke atas Belanda dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) di Amsterdam tempoh hari.

Beliau sebenarnya baru sahaja pulih daripada pembedahan untuk kecederaan sama pada Januari dan sempat beraksi dalam lapan perlawanan Serie A pada penghujung musim lepas.

Pegawai perubatan kem Itali telah pun memaklukan Zaniolo mengalami kecederan serius pada lutut kirinya dan imbasan MRI mengesahkan terdapat koyakan pada ACL. Kecederaan yang dialaminya sebelum ini pula berlaku pada lutut sebelah kanan.

“Saya mahu berterima kasih kepada mereka yang bertanya keadaan saya terutamanya buat penyokong Roma. Saya akan kembali secepat mungkin!” ujar Zaniolo dalam satu hantaran dalam akaun media sosialnya.

Bekas jurulatih Roma, Fabio Capello juga pernah memuji Zaniolo dan percaya pemain muda tersebut berupaya untuk memenangi anugerah Ballon d’Or di masa hadapan.

“Pemain berbakat Roma itu mempunyai fizikal yang luar biasa, tenaga dan kepantasan yang dicampur dengan kualiti. Dia bukan sahaja berpotensi untuk memenangi Kasut Emas pada masa hadapan, tetapi lebih daripada itu,” ujar jurulatih berusia 74 tahun itu.

“Kaka tidak mempunyai keupayaan yang sama dengannya kerana Zaniolo mempunyai kemahiran teknikal yang lebih baik terutamanya apabila beraksi di bahagian serangan.

“Saya sukakan Zaniolo, kerana dia mempunyai segala yang diperlukan untuk seorang pemain berkelas dunia, tenaga, kualiti dan kelajuan. Mungkin ada beberapa pemain yang berpotensi di luar sana, tetapi tak sama sepertinya.”

Penangguhan EURO 2020 ke tahun depan mungkin satu rahmat buat Zaniolo yang mahukan kejohanan besar pertama dalam kariernya. Beliau mempunyai kira-kira 8 hingga 9 bulan untuk kembali.

Namun bola sepak Itali tentunya agak kerugian kerana kehilangan ‘sentuhan’ seorang pemain muda berbakat buat kali kedua dalam tempoh hanya beberapa bulan sahaja.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN