Dua Kali Selamatkan West Ham, Moyes Buktikan Beliau Adalah Hero Sebenar

David Moyes West Ham United

Walaupun secara matematik kedudukan West Ham United di Liga Perdana Inggeris masih belum selamat sepenuhnya, David Moyes membuktikan beliau adalah orang yang paling tepat untuk tugas mengemudi kelab London tersebut.

Buat kali kedua, bekas pengurus Everton dan Manchester United itu dilantik ketika pasukan dalam keadaan kritikal, terumbang ambing dan berada di ambang penyingkiran.

Kemenangan 3-1 ke atas Watford pada awal pagi tadi mungkin sudah cukup untuk meletakkan pasukan itu berada di kedudukan selesa.

Dua tahun lalu, selepas menggantikan Slaven Bilik yang dipecat, Moyes telah yang membimbing West Ham pada hujung musim dengan menamatkan saingan di tangga ke-13, tetapi telah ditunjuk jalan keluar tidak lama selepas itu.

Kelab London tersebut memilih untuk melantik Manuel Pellegrini pada awal musim berikutnya kerana percaya jurulatih yang mempunyai reputasi tinggi itu mampu membawa The Hammers ke satu tahap yang jauh lebih baik.

Malangnya hasrat itu hanyalah satu ilusi selepas West Ham hanya mengakhiri saingan EPL di tangga ke-10 pada musim 2018/19 di bawah jurulatih kelahiran Chile itu sekalipun pihak kelab telah membelanjakan wang yang cukup besar dalam pasaran perpindahan pemain.

Pellegrini kemudian telah dipecat selepas West Ham tewas 2-1 kepada Leicester City di tempat sendiri pada Disember tahun lalu apabila pasukan itu terjunam hingga tangga ke-17 liga dengan hanya satu mata dari zon penyingkiran.

Walaupun Moyes bukanlah calon yang popular untuk kembali ke Stadium London, beliau menjadi individu yang sanggup menjawab panggilan bagi mengetuai ‘misi menyelamat’ buat kali kedua dan hasilnya adalah seperti yang dijangka.

Walaupun pada awalnya kedudukan jurulatih warga Scotland itu dilihat agak goyah termasuklah kekalahan dalam dua perlawanan awal sejak saingan liga kembali bersambung bermula Jun, namun kemenangan ke atas Chelsea, Norwich City dan kini Watford telah merubah segalanya.

West Ham kini sudah memiliki jarak enam mata dari zon penyingkiran dengan hanya dua perlawanan berbaki dan mempunyai jumlah perbezaan gol yang jauh lebih baik dari tiga pasukan lain di dasar liga.

Tiga gol dari Michail Antonio, Tomas Soucek dan Declan Rice pada separuh masa pertama sudah cukup untuk menghantar Watford ke zon bahaya.

“Kami memulakan perlawanan ini dengan cukup baik. Malam ini kami dapat apa yang kami mahukan, jaringakan gol pada separuh pertama dan bertahan pada separuh masa kedua,” ujar Moyes kepada Sky Sports.

Sekalipun mengakui pasukannya bukanlah benar-benar selamat, tetapi beliau percaya kedudukan mata ketika ini sudah cukup untuk menunjukkan West Ham kini sudah boleh menarik nafas lega.

“Seperti yang saya katakan, jika kami berajaya mengutup 40 mata, kami akan kekal di EPL dan kini kami sudah pun ada 37 [mata]. Jadi sekiranya kami dapatkan satu lagi kemenangan kami berjaya mencapai sasaran tersebut dan tidak perlu lagi bergantung kepada pasukan lain untuk ‘menyelamatkan’ kami.”

Untuk dua perlawanan terakhir, West Ham United akan berkunjung ke Old Trafford untuk menentang bekas pasukannya, Manchester United pada Rabu dan kemudian berdepan Aston Villa pada hari terakhir liga pada 26 Julai nanti.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai David Moyes dan West Ham United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN