Dua Jaringan Cristiano Ronaldo Bantu Juventus Raih Kemenangan 2-1 Berdepan Sampdoria

Juventus

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mencipta dua jaringan bagi membantu Juventus menewaskan Sampdoria 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Allianz Stadium.

Kemenangan ke-17 itu juga sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah Juventus pada pusingan pertama saingan Serie A.

Pemain di jentera serangan kelahiran Funchal, Portugal tersebut hanya memerlukan dua minit untuk membuka tirai jaringan.

Ronaldo yang menerima hantaran jauh daripada Paulo Dybala, melepaskan rembatan dalam kawasan penalti yang berjaya menewaskan Emil Audero di gawang Sampdoria.

Dybala hampir menjadikan kedudukan 2-0, namun sepakan lencong yang dilepaskan dari luar kawasan penalti sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol pasukan pelawat.

Berpunca daripada sepakan penjuru, para pemain Sampdoria mendakwa bola terkena tangan Emre Can memaksa pengadil perlawanan, Paolo Valeri mendapatkan bantuan Video Assistant Referee (VAR).

TURIN, ITALY – DECEMBER 29: Cristiano Ronaldo of Juventus scores a penalty (2-1) during the Serie A match between Juventus and UC Sampdoria on December 29, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Tullio M. Puglia/Getty Images)

Keputusan VAR itu menyebelahi Sampdoria apabila menghadiahkan sepakan penalti yang kemudiannya berjaya disempurnakan dengan baik oleh Fabio Quagliarella pada minit ke-33.

Quagliarella berjaya menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan Serie A berturut-turut bagi menyamai pencapaian sama yang dilakukan David Trezeguet pada tahun 2005.

Memasuki babak kedua, Cristiano Ronaldo memaksa Audero bekerja keras selepas rembatan padu dari luar kawasan penalti diledakkannya berjaya ditepis penjaga gol yang mempunyai darah Indonesia tersebut.

Ronaldo kemudiannya menambah jaringan kedua selepas Juventus pula diberikan sepakan penalti pada minit ke-65 selepas bola terkena tangan Alex Ferrari.

Jaringan yang meletakkan Cristiano Ronaldo kini menghuni tangga teratas senarai penjaring terbanyak Serie A 2018/19 dengan 14 gol.

Khidmat VAR sekali lagi digunakan bagi membuat keputusan dan ia nyata memberikan kelegaan buat tuan rumah selepas jaringan penyamaan dihasilkan Riccardo Saponara disahkan ofsaid.

Keputusan 2-1 kekal hingga tamat permainan untuk Juventus memiliki berkelebihan sembilan mata di belakang pasukan ditangga kedua, SS Napoli yang mengumpul 44 mata.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN