Gagal Ikut Arahan Pasukan, Claudio Ranieri Berang Dengan Tindakan Aboubakar Kamara

Semalam, pasukan Fulham berjaya mencatatkan kemenangan selepas tidak menang dalam 2 perlawanan.

Mereka berjaya menundukkan Huddersfield Town di tempat sendiri dengan jaringan 1-0.

Walaupun berjaya menang, pengurus Fulham iaitu Claudio Ranieri berada dalam keadaan berang selepas melihat tindakan seorang pemain beliau yang gagal mengikut arahan pasukan.

Dalam temu bual bersama BBC Sport selepas perlawanan, Ranieri menzahirkan rasa marah beliau kepada pemain Fulham iaitu Aboubakar Kamara selepas menimbulkan permasalahan ketika perlawanan berlangsung.

Ranieri berkata beliau seperti ingin ‘membunuh’ pemain itu kerana bertindak sedemikian.

Semuanya berpunca selepas pemain itu cuba melanggar arahan pasukan ketika Fulham mendapat sepakan penalti.

Menurut arahan pasukan, sepakan penalti akan diambil oleh penyerang utama iaitu Aleksandar Mitrovic.

Namun, Kamara bertindak merampas bola dan ingin menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Akan tetapi seperti tidak direstui Tuhan, sepakan penalti Kamara itu gagal disempurnakan.

“Saya sudah katakan kepada beliau (Aboubakar Kamara) untuk tinggalkan bola itu kepada Aleksandar Mitrovic kerana pemain itu adalah orang yang patut mengambil sepakan penalti (menurut arahan pasukan).”

“Saya mahu ‘bunuh’ beliau. Ianya normal kerana ianya tidak mustahil.”

“Seorang pemain mengambil bola dan cuba untuk menjaringkan penalti sekali lagi.”

Sebelum ini, Kamara menjaringkan penalti untuk Fulham tetapi ianya berlaku kerana ketiadaan Mitrovic di atas padang.

Ranieri begitu kecewa dengan tindakan Kamara yang dianggap tidak menghormati semua pihak.

“Saya tak sangka beliau akan buat begitu kepada saya.”

“Apa yang beliau lakukan tidak menghormati saya, kelab ini, rakan sepasukan dan juga para penyokong.”

Fulham berjaya memperoleh 3 mata penuh selepas 2 perlawanan keciciran mata.

Sebelum ini mereka tewas di tangan Manchester United dan seri bersama Newcastle United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN