Dua Bekas Pemain Dipertimbang Jadi Pengurus Sementara Man Utd

Dua bekas pemain sedang dipertimbangkan oleh Manchester United untuk menjadi pengurus sementara kelab tersebut sehingga ke penghujung musim ini.

Pengurus sementara tersebut dilaporkan akan diumumkan oleh Manchester United di dalam tempoh 48 jam selepas pemecatan Jose Mourinho.

Laurent Blanc

Nama Laurent Blanc adalah antara yang pertama dikaitkan dengan Manchester United. Blanc pernah beraksi sebagai pemain pertahanan ketika era Sir Alex Ferguson.

Karier di dalam bidang kejurulatihan dan pengurusan untuk pemain ini bermula pada 2007 bersama Bordeaux di Ligue 1 Perancis.

Membantu Bordeaux menjuarai Ligue 1 pada musim 2008/09, Blanc juga membimbing Paris Saint-Germain untuk muncul juara Ligue 1 selama tiga musim berturut-turut di antara 2013 sehingga 2016.

(Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

Blanc dikenali sebagai seorang pengurus yang mampu membangunkan kembali sesebuah pasukan yang telah jatuh. Ini dibuktikan dengan keupayaan Blanc membangunkan kembali pasukan kebangsaan Perancis selepas prestasi mengecewakan di Piala Dunia 2010.

Kini tanpa sebarang kelab sejak melepaskan jawatan di PSG dua tahun yang lalu, Blanc dilihat sebagai salah seorang calon yang berkemampuan untuk membangkitkan kembali moral dan iltizam yang hilang di Old Traford.

Ole Gunnar Solksjaer

Ianya adalah sesuatu yang bagus untuk melihat bekas pemain kembali ke kelab untuk menjadi pengurus sesebuah pasukan. Apatah lagi jika pemain tersebut telah menjaringkan banyak gol dan merupakan kegemaran penyokong.

Ole Gunnar Solsjaer kini berusia 45 tahun, adalah pengurus Molde di Sweden – dan pernah tampil bersama Manchester United dari tahun 1996 sehingga 2007.

Tatkala United mengharapkan seorang pengurus sementara sebelum perlawanan menentang Cardiff pada 22 Disember, Solksjaer adalah antara calon yang dianggap memahami falsafah bola sepak kelab tersebut.

‘Baby-Faced Assassin’ Foto: Mathew Ashton

Bekas penyerang antarabangsa dari Norway itu telah mengendalikan Molde sejak 2015 – namun musim baru Liga Norway kini telah tamat sementara kerana musim sejuk – dan hanya bermula sekitar Mac tahun hadapan.

Pernah bergelar pengurus bersama Cardiff City pada 2014, Solskjaer menjaringkan 126 gol dari 366 penampilan sepanjang 11 tahun di Old Trafford – termasuk gol minit akhir di perlawanan akhir UEFA Champions League menentang Bayern Munich pada 1999.

Beliau turut memenangi enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan dua Piala FA bersama gergasi England itu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN