Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Tambang RM40 Percuma Pergi Ke Stadium Shah Alam

Pada hari Sabtu ini (8 November 2017), lebih 80,000 penyokong JDT dan Kedah akan membanjiri Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2017 yang menemukan dua pasukan dari Selatan dan Utara Malaysia ini.

Apabila lebih daripada 80,000 orang datang ke Stadium Shah Alam pada satu-satu masa, perkara-perkara berikut pasti akan terjadi:

(1) Trafik akan mula sesak teruk bermula dari susur keluar Tol Bukit Jelutong hingga ke lampu isyarat Giant Seksyen 13

(2) Trafik juga akan sesak teruk bermula dari Lebuhraya Persekutuan ke Jalan Subang (berhampiran KTM Batu Tiga/Kilang Gula CSR)

(3) Tempat parkir kereta di Stadium Shah Alam menjadi terhad.

(4) Kawasan persekitaran stadium seperti Persiaran Sukan dan Jalan Lompat Pagar (berhampiran Masjid Al-Ikhlas dan Giant Seksyen 13) akan menjadi sukar untuk dilalui oleh kereta kerana dipenuhi bas-bas penyokong Kedah terutamanya selepas jam 1 petang

(5) Anda mungkin perlu parkir kenderaan anda di kawasan persekitaran Masjid Al-Ikhlas dan Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang dan perlu berjalan sejauh 2km pula untuk ke stadium

Jika anda merancang untuk bergerak ke Stadium Shah Alam pada hari Sabtu ini dengan kereta, anda bukan sahaja perlu datang awal, menempuh kesesakan lalu lintas dan bergelut mencari ruang parkir.

Bukan itu sahaja. Malah anda juga perlu berbelanja lebih untuk memastikan tangki minyak kereta anda penuh sebaik tiba di stadium. Ini kerana anda perlu menempuh kesesakan lebih 1 jam pula selepas tamat perlawanan!

Apa cara lebih baik untuk saya pergi ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini?

Anda boleh menggunakan perkhidmatan Uber dan Grab. Tetapi kami menjangkakan tak ramai pemandu kedua-dua servis ini (Grab terutamanya) akan mengambil penumpang di kawasan sekitar Stadium Shah Alam.

Satu lagi cara yang anda boleh gunakan adalah dengan menumpang (carpool) kereta kawan-kawan penyokong anda yang lain.

Tetapi saya tiada kawan yang mempunyai kereta untuk ditumpang

Jika anda tidak menjumpai mana-mana pemilik kereta untuk anda tumpang sekali pergi ke Stadium Shah Alam, kami cadangkan anda untuk menggunakan aplikasi Droupr.

Secara ringkasnya, Droupr adalah aplikasi telefon pintar yang menawarkan servis tumpang kereta di Malaysia.

Tujuannya adalah untuk memberi pengalaman perjalanan berasaskan komuniti yang selamat dan menjimatkan wang.

Bagaimana cara untuk menggunakan Droupr?

(1) Muat turun aplikasi Droupr di Google Store (Android) and Apple Store (iOS).

(2) Daftar dengan nama, alamat emel dan nombor telefon sebenar anda untuk diverifikasi oleh pihak Droupr. Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan profil Facebook anda.

(3) Selepas pendaftaran anda diverifikasi oleh Droupr, anda sudah boleh mula menggunakan aplikasi ini.

Saya mempunyai kereta dan akan pergi ke Stadium Shah Alam. Bolehkah saya mencari penumpang dengan Droupr?

Boleh! Untuk mendaftar sebagai pemandu, anda hanya perlu mengisi maklumat perjalanan anda di Droupr.

Sebagai pemandu, anda juga boleh menetapkan syarat-syarat anda sendiri.

Contohnya anda tak mahu perokok menaiki kereta anda. Tiada masalah! Anda mahu mengambil penumpang yang menyokong Kedah atau JDT sahaja. Mengapa tidak? Anda mahu mengambil penumpang wanita sahaja. You’re the driver!

Khas untuk pembaca Semuanya BOLA!

Bersempena dengan kehangatan perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2017 nanti, Droupr telah bermurah hati untuk memberi anda kod promosi bernilai RM40 jika anda menggunakan Droupr ke Stadium Shah Alam.

Apa yang anda perlu buat adalah masukkan kod promosi ‘tongtongbola‘ semasa perjalanan pergi (RM20) dan balik (RM20).

Jadi anda dah boleh jimat RM40 kos perjalanan anda dengan menggunakan Droupr. Selamat mencuba!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN