‘Drogba Ganu’ Sertai KL City Untuk Saingan Musim 2023?

Penyerang import berpengalaman, Tchetche Kipre berkemungkinan besar akan terus kekal dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan untuk menyertai Kuala Lumpur City (KL City).

Perkara tersebut dijelaskan sendiri menerusi wartawan The Star iaitu T. Avineshwaran yang menyatakan perkara tersebut menerusi Twitter milik beliau semalam.

Jelas beliau, pasukan yang dikendalikan oleh Bojan Hodak itu difahamkan akan menandatangani khidmat Kipre sebagai penyerang import mereka pada musim hadapan.

Selain itu, KL City juga dilaporkan turut akan menandatangani khidmat penyerang Filipina yang pernah beraksi di Malaysia suatu ketika iaitu Patrick Reichelt.

“Difahamkan, Kuala Lumpur hampir mendapatkan penyerang Ivory Coast Tchetche Kipre dan pemain sayap Filipina Patrick Reichelt,” jelas kenyataan tersebut.

Untuk rekod, KL City bakal menjadi pasukan Liga Super ketiga yang disertai oleh Kipre setelah sebelum itu pemain tersebut sudah menabur bakti bersama Terengganu dan Kedah Darul Aman (KDA).

Pemain yang terkenal dengan gelaran ‘Drogba Ganu’ dalam kalangan penyokong itu sememangnya sudah diakui kualiti beliau di posisi serangan menerusi kelincahan, ketajaman, serta bijak membuka ruang buat rakan sepasukan lain meledak gol.

Beliau antara pemain import Terengganu musim ini yang sah tidak akan bersama pasukan tersebut lagi untuk musim hadapan, selepas ada rombakan baharu sudah dibuat.

Untuk Reichelt pula, pemain ini pernah menyarung jersi Melaka United pada musim 2019 dan telah pun meledak 10 jaringan ketika itu daripada 22 penampilan bersama kelab tersebut.

Ketika ini, Reichelt sedang beraksi bersama PT Prachuap dalam saingan utama Thai League dan telah pun mencipta tiga bantuan gol buat pasukan tersebut.

Selain tonggak import, KL City juga difahamkan kini turut giat untuk mendapatkan beberapa pemain tempatan untuk memperkukuhkan skuad musim depan.

Dua pemain yang dikhabarkan bakal menyertai pasukan tersebut ialah Firdaus Saiyadi serta pertahanan tinggi lampai iaitu Khair Jones.

“Bagi pemain tempatan, mereka memantau pemain sayap Firdaus Saiyadi dan bek kiri Khair Jones,” tambah beliau di Twitter.

Sehingga kini, KL City masih lagi belum mendedahkan pemain baharu mereka dan segala persiapan dibuat adalah secara senyap sebelum ianya diumumkan secara rasmi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN