Julian Draxler semalam memberitahu yang media telah menulis terlalu banyak berita ‘sampah’ tentang Neymar dan PSG.
Draxler yang bersimpati dengan Neymar sehinggakan pemain Brazil itu menitiskan air mata kerana dilaporkan tidak gembira di PSG. Sedangkan Neymar sangat gembira di PSG. Draxler berkata:
“Saya tahu ianya normal apabila media banyak menulis berita tentang ‘superstar’ seperti Neymar dan terlalu banyak berita ‘sampah’ (bull sh**) ditulis tentang beliau.”
Julian Draxler memberitahu yang Neymar bukanlah seorang yang bongkak seperti yang digambarkan oleh media.
“Neymar seorang yang sangat baik. Dia tahu betapa pentingnya dia kepada pasukan.”
Seterusnya bintang Jerman itu menepis dakwaan pemain PSG lain tidak selesa dengan layanan istimewa diberikan kelab kepada Neymar.
Antaranya, pemain lain tidak dibenarkan terlalu keras dengan Neymar di pusat latihan kerana Neymar adalah pemain paling penting dalam pasukan. Neymar juga boleh memilih untuk tidak menghadiri sesi latihan pertahanan.
Seterusnya, Neymar meminta kelab membayar 2 ahli fisioterapi peribadi untuk menjaga kondisi beliau terutama sekali selepas perlawanan.
Neymar diberikan kebenaran untuk menggunakan barangan penaja beg peribadi beliau. Manakala pemain lain harus menggunakan barangan rasmi kelab. Draxler memberikan komen untuk perkara tersebut dengan berkata:
“Laporan menyatakan pemain tidak gembira adalah tak tepat. kami semua gembira dengan adanya Neymar bersama kami.”
“Dia pemain superstar jadi tiada masalah untuk dia mendapat sedikit kelebihan daripada yang lain.”
Bercerita tentang masa depannya dengan PSG, Draxler memberitahu beliau tidak mahu berpindah ke kelab lain pada Januari ini dan selesa untuk terus kekal di PSG.
Draxler juga memberitahu yang dia dan Neymar sudah saling usik mengusi tentang Piala Dunia.
“Neymar memberitahu saya yang Jerman akan menang Piala Dunia dan memberitahu Jerman agak overrated.”