Dr. Pekan Ramli: Semua Persatuan Negeri, Kelab Perlu Dukung Langkah Pembaharuan Daripada MFL

Pekan Ramli

Pemerhati bola sepak negara, Dr. Pekan Ramli, memuji langkah Malaysian Football League (MFL) yang cuba memastikan Liga Malaysia ke arah pengurusan lebih baik dengan beberapa pembaharuan akan diperkenalkan pada musim 2019.

Antara pendekatan MFL yang dilihat mampu menaikkan nilai komersial Liga Malaysia ialah pelaksanaan Economic Control Programme (ECP) dan Next50 Strategic Blueprint 2021-2070.

Namun beliau berharap semua langkah itu mampu didokong sepenuhnya oleh semua persatuan bola sepak negeri dan kelab selain percaya kepimpinan Datuk Hj Hamidin Hj Mohd Amin selaku Presiden MFL mampu melancarkan lagi pelaksanaan liga ke arah lebih proaktif.

“Saya dapati beberapa inisiatif atau pembaharuan telah dilakukan MFL bagi memantapkan aspek pengurusan liga ke arah yang lebih profesional serta memastikan berdaya maju.

“Cuma permasalahan dialami oleh sebahagian rakan utama (rakan kongsi Liga Malaysia) masih lagi di luar kawalan dan saya percaya itu sedikit sebanyak mengguris perasaan MFL.

“Bagaimanapun, saya optimis kehadiran Presiden MFL (Datuk Hj Hamidin) amat praktikal jika melihat kepada konteks kepimpinan serta kawalan terhadap industri bola sepak negara.

“Beliau mampu memastikan kelangsungan bola sepak di negara ini kekal sebagai industri sukan besar dan bukan bersifat industri kecil atau sederhana,” katanya.

Dalam pada itu, Pekan bersetuju kualiti permainan Liga Malaysia yang semakin tinggi khususnya Liga Super selain pendedahan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bermain di Liga Juara-juara Asia (ACL) banyak membantu kepada perkembangan skuad Harimau Malaya.

Walaupun tidak menyatakan keseluruhan pasukan, beliau nampak tahap pasukan kebangsaan di bawah kendalian Tan Cheng Hoe kini berada setakuk lebih baik di samping kehadiran pemain naturalisasi dan kacukan turut membantu.

“Kelompok pemain JDT yang beraksi dengan Harimau Malaya ternyata membuktikan betapa standard atau kualiti permainan mereka begitu matang kerana pendedahan yang mereka terima seperti ACL kerana berdepan dengan beberapa pasukan terhebat Asia.

“Kebanyakan pemain dari pasukan lain juga sudah ada sikap mahu mencabar kepada kemampuan JDT apabila sering kali menampilkan kemampuan individu yang tinggi serta konsisten.

“Justeru, gabungan pemain-pemain yang datang dari Liga Malaysia adalah tunjang kepada Harimau Malaya yang mula menampakkan kukunya pada akhir-akhir ini, ” katanya.

Kredit foto: Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN