Dr Johan Nafi Lamar Jordan Mintah Untuk Selangor Guna Pintu Belakang

Jordan Mintah

Pasukan Liga Super, Selangor menerusi ketua pegawai eksekutifnya iaitu Dr Johan Kamal Hamidon telah menafikan perbualan antara beliau dengan pemain Terengganu, Jordan Mintah yang tular baru-baru ini.

Johan yang berkata menerusi laman rasmi Twitternya berkata, beliau menafikan mengenai perbualan tersebut dan tindakan akan diambil kepada mereka yang mencetuskan info palsu itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya perbualan menerusi WhatsApp bersama Jordan Mintah yang sedang tular.

“Ianya adalah palsu dan saya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” ujar Johan.

Mlalah, Mintah juga telah mengatakan yang tangkap layar tersebut adalah palsu.

“Berita palsu,” kata beliau kepada laman Twitter @11Terengganu .

Bagaimana ianya berlaku?

Perkara ini menjadi tular selepas salah sebuah akaun di Twitter yang menggunakan nama @UmmarIkhwan telah mendedahkan tangkap layar yang kononnya perbualan antara Johan dengan Mintah.

Dalam tangkap layar tersebut, pemilik Twitter tersebut telah mendedahkan perbualan itu dengan beberapa info penting dapat diperoleh.

Antaranya adalah Mintah telah menyimpan nombor Johan selepas kedua-dua individu pernah berhubung pada tahun lalu.

“Hai Jordan. Johan disini dari Selangor FC,” tulis Johan dalam tangkap layar itu.

“Saya tahu tuan, sudah ada nombor tuan sebab kita pernah bercakap pada tahun lepas,” balas Mintah.

Selain itu, Johan kononnya mahu ‘melamar’ Mintah terlebih dahulu sebelum Selangor menghantar permohonan rasmi kepada Terengganu untuk mendapatkan pemain tersebut.

“Kami mahu bercakap dengan kamu sendirian sebelum surat dihantar kepada Terengganu FC, sila fikirkan dahulu mengenai perkara ini dan kembali semula kepada saya secepat mungkin, kalau boleh sebelum Rabu.”

Malah, di dalam tangkap layar tersebut kononnya Johan turut memberikan pautan Google Meet untuk membolehkan perbualan antara dua pihak dilakukan secara sidang video.

Perpindahan Mintah ke Selangor kembali menjadi perbualan selepas tahun lalu pemain tersebut dikaitkan untuk menyertai gergasi Lembah Klang itu.

Antara punca kepada perpindahan tersebut adalah disebabkan kegagalan Mintah untuk mengukuhkan namanya dalam pasukan utama Terengganu.

Namun, pemain itu memilih untuk kekal dan mencabar tempatnya pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN