Syahmi Safari Dilepaskan Harimau Malaya, Akan Ada Panggilan Kejutan Daripada Kim Pan-gon?

Syahmi Safari dilepaskan Harimau Malaya Kim Pan-gon panggilan kejutan

Sebentar tadi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang Syahmi Safari terpaksa dilepaskan dan adakah akan ada panggilan kejutan selepas ini?

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu terpaksa dilepaskan dari kem latihan negara atas masalah kesihatan yang dialaminya dan bakal terlepas untuk menyertai pasukan bagi pusingan kelayakan Piala Asia 2023, Jun depan.

Untuk rekod, Syahmi telah tampil beraksi buat kali pertama di bawah kendalian Kim ketika Malaysia mengatasi Brunei 4-0 pada Jumaat lalu. Beliau telah diturunkan sebagai bek sayap kanan dalam kesebelasan utama.

Sehingga kini, beliau telah merekodkan 24 penampilan bersama Harimau Malaya sejak debut pada 2018.

Kehilangannya menyaksikan Malaysia tinggal dua pilihan untuk posisi itu iaitu Dion Cools dan Matt Davies.

Adakah Kim akan memanggil pemain baharu untuk menyertai 29 pemain lain dalam sesi latihan selepas ini?

Jika dilihat, terdapat 11 pemain dalam senarai bersedia dalam senarai yang dikeluarkan FAM sebelum ini. Rizal Ghazali merupakan pemain bek di sebelah kanan yang dilihat boleh menjadi calon untuk menggantikannya.

Begitupun, Kim dalam kenyataannya menyatakan, buat masa ini, tiada panggilan baharu buat skuad negara.

“Keputusan ini terpaksa dibuat selepas Syahmi yang dibawa ke hospital untuk ujian perubatan, pagi tadi kerana masalah sinus dialaminya semakin teruk telah mendapat nasihat daripada doktor pakar untuk beliau menjalani rawatan susulan dalam kadar segera. Kami di barisan kejurulatihan dan pasukan perubatan pasukan yang sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemain telah bersetuju untuk melepaskan Syahmi daripada kem latihan pusat kali ini supaya beliau dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini.”

Kim Pan-gon, Facebook FAM

JDT dalam pada itu turut mengeluarkan kenyataan yang Syahmi akan menjalani pembedahan berkaitan masalah sinusnya Khamis ini. Beliau akan dimasukkan ke hospital esok untuk persediaan pembedahan.

Agak merugikan menyenaraikan senarai bersedia, tetapi langsung tidak membuat panggilan kepada mereka. Ini kerana, sebelum ini, ketika Khair Jones tidak dapat menyertai kem latihan, Kim memanggil dua pemain sebagai gantian yang bukan daripada senarai tersebut iaitu bek kiri, V. Ruventhiran dan Shahrul Nizam Ros Hasni.

Ruventhiran membuktikan panggilannya tidak sia-sia apabila menampilkan aksi ampuh dalam debutnya.

Namun, dalam senarai menunggu juga terdapat beberapa pemain yang mungkin boleh memberi dimensi baharu buat skuad kebangsaan antaranya Ramadhan Saifullah, Zhafri Yahya, Rizal Ghazali serta Natxo Insa. Jika bersandarkan posisi, Rizal Ghazali wajar dipanggil, tetapi jika prestasi, Natxo Insa adalah orangnya.

Adakah akan ada panggilan kejutan daripada Kim selepas ini, menjelang sepak mula kelayakan Piala Asia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN