Dr. Johan Kamal: ‘Reserve Club’ Bakal Jadi Platform Lahirkan Pemain Muda Berbakat

Pemain muda

Kewujudan ‘reserve team’ buat pasukan Selangor bakal menjadi platform terbaik kepada pemain-pemain muda mendapatkan pengalaman bermain di peringkat tertinggi.

Demikian menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon yang mengakui jurang kualiti yang begitu ketara antara Liga Super dan Piala Presiden menyukarkan majoriti pemain-pemain muda ini untuk bersaing.

Justeru melalui aksi di Liga Premier mulai musim 2020, Dr Johan yakin hasrat mereka melahirkan pemain muda berbakat yang lebih cepat matang mampu tercapai di samping Selangor tidak mengabaikan matlamat untuk mengejar kejuaraan di pentas kejohanan utama.

“Selangor adalah sebuah pasukan yang kaya dengan sejarah dan mempunyai jangkaan tinggi daripada penyokong, jadi kita kena imbangi dalam beri keputusan dan berikan ruang kepada pemain muda.

“Semakin banyak pendedahan diberikan, akan jejaskan peluang pasukan memandangkan mereka masih dalam proses pembelajaran. Jadi Liga Premier ini akan menjadi satu platform yang sesuai dan kondusif kepada mereka.

“Di Liga Premier, mereka boleh bersaing dengan pemain yang lebih dewasa dan paling penting tanpa sebarang tekanan untuk beraksi atau melakukan kesilapan selain belajar dengan pemain-pemain asing.

“Mereka tidak akan mendapat suasana seperti ini di Piala Presiden malah terlalu cepat untuk mereka jika terus ke pentas Liga Super dan manfaat ini turut akan dirasai oleh pemain-pemain muda PKNS, “ katanya.

Dr. Johan Kamal

 

Pada Rabu, Malaysian Football League (MFL) telah meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk menukar status PKNS FC dan PKNP FC sebagai Reserve Team.

Bagaimanapun, MFL menegaskan kelulusan itu secara bersyarat di mana kedua-dua persatuan negeri tersebut harus memenuhi keperluan untuk layak sebagai Reserve Team termasuk aspek kewangan stabil, transisi kontrak PKNS FC dan PKNP FC perlu mengikut peraturan dan kemudahan tempat latihan sebelum status itu berkuatkuasa tahun depan.

Dalam pada itu, pengurus pasukan PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, menerima seadanya keputusan menjadikan pasukan itu berstatus Reserve Team mulai 2020 sambil mengakui ia dibuat demi kepentingan bola sepak Selangor.

“Sebagai sebuah kelab yang telah berkecimpung dalam kancah bola sepak termasuk di semua peringkat, kita dengan berjiwa besar menerima perkara ini dan tindakan ini memerlukan satu usaha bersama.

“Niat utama sebenarnya kami ikhlas untuk kemajuan bola sepak Selangor dan kalau boleh sehingga boleh membantu perkembangan bola sepak negara.

“Kami harap pengorbanan ini dapat disahut semua pihak-pihak berkenaan dan dihargai demi satu sinar baharu bola sepak Selangor.

“Akademi PKNS kami akan teruskan seperti biasa dan akan terus menghasilkan pemain-pemain berkualiti yang lebih baik, malah mungkin kami akan uruskan secara lebih profesional sepenuh masa, “ katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN