Kelayakan Piala Dunia 2022: Tan Cheng Hoe Mahu Pemain Muda Belajar Daripada Brendan Gan

Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe memuji kegigihan yang ditampilkan pemain tengah, Brendan Gan sehingga membuatkan beliau mampu beraksi dengan cukup baik pada perlawanan menentang Thailand.

Seperti diketahui, pemain berusia 31 tahun itu memainkan peranan penting buat skuad negara malam tadi apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan serta mencipta bantuan jaringan yang sekaligus memberikan kemenangan 2-1 buat Harimau Malaya.

Tanpa mahu menidakkan sumbangan pemain lain yang beraksi, kelibat Brendan Gan nyata mencuri tumpuan kerana beliau sentiasa ada ketika serangan direncanakan dan turut bekerja keras membantu jentera pertahanan menyerap asakan para pemain Thailand.

Ketika diminta mengulas mengenai Brendan Gan, ini merupakan respon Tan Cheng Hoe kepada wartawan selepas perlawanan malam tadi:

”Saya rasa mungkin disebabkan semangat kerana baru sahaja dikurniakan bayi. Sudah tentu.”

”Sejak dari hari pertama dia menyertai kita [kem skuad negara], dia sudah menunjukkan satu karakter pemain yang di mana beliau tahu mempersiapkan dirinya sendiri bagi menghadapi perlawanan.”

”Ini merupakan petanda yang baik dan diharapkan dia boleh meneruskan cara bermainnya. Pemain-pemain ‘junior’, pemain baru perlu belajar sesuatu daripada beliau.”

”Bukan mudah kalau kita tengok dia pernah mengalami kecederaan lutut, dua kali pembedahan ACL, bukan mudah tetapi disebabkan kesungguhan dan kegigihan beliau dapat beraksi dengan baik pada perlawanan ini.”

Kredit foto: PFA Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN