Perlukah Malaysia ciplak perancangan dan formasi taktikal Laos dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2020 pada Isnin lalu yang menyaksikan mereka berjaya menafikan banyak ruang buat Vietnam?
Walaupun tewas 0-2 kepada Vietnam, keberkesanan Laos membendung asakan lawan berjaya membantu mereka hanya tewas tipis berbanding dibolosi lebih banyak gol seperti ketika tumbang 0-4 kepada Malaysia.
Berdepan Malaysia, Laos cuba bermain ‘open play’ yang akhirnya memakan diri walaupun sebelum itu mereka berkeyakinan mampu menghasilkan sesuatu. “Ada kejutan untuk Malaysia” akhirnya memakan diri mereka yang sebelum itu dilihat bermain tertutup berdepan Vietnam – taktikal ‘parking bus’ mereka ketika itu lebih berhasil.
“Ada Kejutan Untuk Malaysia”, 3 Perkara Yang Sukarkan Malaysia Raih Kemenangan
Sekurang-kurangnya mereka hanya membenarkan Vietnam membuat percubaan jarak jauh berbanding masuk ke kawasan penalti mereka yang mana akan lebih membahayakan penjaga gol mereka, jika lawan terlepas.
Golden Dragon hanya mampu mencipta enam percubaan tepat ke gawang dan 11 percubaan tersasar. Daripada enam percubaan tepat, dua gol terhasil. Ketepatan percubaan lawan juga teruk akibat taktikal Laos itu yang mana hanya 26 peratus sahaja ketepatan yang berjaya mereka hasilkan berbanding Laos – 50 peratus.
Ini bermakna mereka berkesan dalam membendung lawan, namun kekurangan impak di jentera hadapan.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇱🇦 Laos 0-2 Vietnam 🇻🇳
🌟 Goals in either half from Nguyen Cong Phuong and Phan Van Doc see the Golden Stars pick up a comfortable victory in their #AFFSuzukiCup2020 opener!#RivalriesNeverDie | #LAOvVIE pic.twitter.com/phVpj5vqvb
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 6, 2021
Berbanding Laos, Harimau Malaya memiliki barisan pemain yang nyata lebih berkualiti. Di setiap posisi, Malaysia lebih ampuh. Ini terbukti dalam kemenangan selesa 4-0 yang dilakar dalam aksi kedua kumpulan tempohari. Jentera hadapan Malaysia sangat berkesan dalam menyempurnakan peluang yang direncana.
Sebagaimana Laos, Malaysia perlu bermain counter attack dan rasanya tiada masalah untuk melaksanakannya. Anak buah Tan Cheng Hoe juga pantas seperti Vietnam kecuali penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula.
Apa yang diperlukan Malaysia mungkin adalah sistem ‘doubling’ yang mana barisan empat pemain tengah akan menjadi benteng pertama pasukan yang akan dilapik oleh empat pertahanan di belakang mereka. Dan pemain tengah bertahan – sama ada Baddrol Bakhtiar atau Mukhairi Ajmal, akan lebih turun ke bawah di benteng.
Sistem permainan sebegini memerlukan disiplin yang tinggi serta permainan berpasukan yang berkesan.
Adakah sistem taktikal ini mampu membantu Malaysia membendung Vietnam daripada mencipta peluang yang lebih berbahaya? Perlukah Malaysia ciplak perancangan taktikal Laos untuk sekurang-kurangnya mendapatkan sesuatu – jika seri ia keputusan yang sangat baik, sementara menang ke atas Vietnam pula adalah bonus.
Berbanding Laos yang menggunakan formasi 5-4-1, Malaysia yang menggunakan formasi 4-1-4-1 boleh memadatkan kawasan defensive third menggunakan sistem ‘doubling’. Ia bukanlah ciplak sepenuhnya tetapi menggunakan asas yang sama iaitu memadatkan defensive third dengan barisan dua lapisan pertahanan.