Penyokong Manchester United bengang ketika melihat Jack Grealish tidak diberikan hukuman yang sama seperti Casemiro walau kesalahan yang mereka lakukan hampir sama sahaja.
Melihat cara bagaimana Jack Grealish mencekak leher Thomas Partey ketika aksi pertemuan antara Manchester City bertemu Arsenal awal pagi tadi, peminat merasakan ada double standard dalam cara pengadil di EPL menghukum pemain.
Manchester City tidak dinafikan lagi sememangnya telah melalui hari yang sangat indah pada hari ini, selepas mereka mudah membelasah Arsenal di Etihad.
Grealish grabs partey by the collar, worse thing than what Casemiro did to Will Hughes yet Grealish gets only a yellow card while Casemiro got a red card!! Remember what they said about the English Passport? #MUFC pic.twitter.com/JvfFXfFrwV
— The Rasmus Höijlund (Parody Account) (@utdguyagain1) April 26, 2023
The Citizens berjaya mendominasi sepenuhnya perlawanan yang dijangka bakal sangat sengit itu dengan Man City cemerlang menewaskan Arsenal 4-1.
Kevin de Bruyne membuka tirai jaringan untuk Man City dalam perlawanan ini pada minit ke-7 permainan sebelum John Stones menggandakan kedudukan pada akhir-akhir aksi babak pertama.
Masuk aksi babak kedua permainan, Kevin de Bruyne berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya, seterusnya membantu City mendahului Arsenal dengan keputusan 3-0.
Rob Holding kemudiannya meledak gol saguhati untuk Arsenal pada minit ke-86 permainan sebelum Erling Haaland menutup perlawanan ini dengan menjaringkan gol ke-49 beliau pada musim ini pada masa kecederaan permainan.
Penyokong walau bagaimanapun merasakan yang keputusan perlawanan akan sedikit berbeza andai Ruben Dias dilayangkan kad merah atas sikap biadapnya terhadap Ben White.
Casemiro vs Hughes Red card
Grealish vs Partey No Red card. pic.twitter.com/s3uNBTmS0T
— Man United Latest (@TheUtdLatest) April 26, 2023
Para penyokong Manchester United bersetuju dengan kenyataan tersebut, dengan mereka merasakan City sepatutnya hilang dua pemain dari perlawanan ini.
Penyokong Man United merasakan tindakan Grealish mencekak leher Thomas Partey sepatutnya dihukum dengan hukuman layangan kad merah.
Hal ini kerana bintang utama mereka, Casemiro turut dilayangkan kad merah selepas melakukan hal sama ketika beraksi bertemu Crystal Palace.
“Saya rasa sekarang bukan kerana Grealish tak dapat kad merah, tapi kenapa Casemiro dapat kad merah atas hal sama seperti itu. Premier League, terutama selepas ada VAR sepertinya semakin mengarut. Sangat tidak adil.”
“Kalau Casemiro yang buat macam apa Grealish buat sekarang, kita sudah tahu pengakhiran dia macam mana, sudah tentu dia dapat kad merah, terlalu jelas ada double standard di sini.”
Frame 1: Casemiro shown red card for grabbing Will Hughes by the collar following VAR review.
Frame 2: Jack Grealish shown a yellow card for grabbing Thomas Partey.
Hey @FA_PGMOL,this is clear politicking in football.#MUFC #PoorRefs @FA @FAspokesperson pic.twitter.com/wK58b16JXs— Danny Nyeko🇺🇦 🚀 (@DNyeko) April 26, 2023
“Casemiro dapat kad merah atas kesalahan sama, tapi Grealish hanya dapat kad kuning, pengadil EPL tak pernah tak kelakar.”
“Jack Grealish cekak kolar baju Partey dan ramai fikir dia patut dilayangkan kad merah seperti Casemiro, kenyataannya tidak, tidak kerana dia bukan pemain Manchester United, jadi dia bebas lakukan apa sahaja.”
“Saya bercakap tentang konsistensi, saya tak kata Grealish patut dapat kad merah, tapi kenapa ketika pemain United ia merah dan ketika City seolah itu bukan kesalahan besar.”