Borussia Dortmund Pecat Thomas Tuchel Hanya Selepas 2 Musim

Borussia Dortmund mengesahkan Thomas Tuchel dan pihak kelab telah bersetuju untuk menamatkan kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Thomas Tuchel meninggalkan Dortmund selepas hanya 2 musim bersama dengan kelab tersebut. Pihak kelab Borussia Dortmund mengucapkan terima kasih kepada pengendali tersebut di atas sumbangan beliau kepada kelab.

Thomas Tuchel mengumumkan berita tersebut di akaun twitter beliau dengan berkata:

“Saya sangat berterima kasih di atas 2 tahun yang indah. Malangnya ia tidak akan berterusan lagi. Saya ucapkan yang terbaik untuk BvB.”

“Terima kasih kepada semua penyokong, skuad, staf dan semua yang menyokong kami.”

Bagi pihak kelab pulak, Borussia Dortmund pula mengeluarkan kenyataan:

“Juara Jerman 8 kali, Borussia Dortmund dan Thomas Tuchel megambil keputusan untuk menamatkan kerjasama berkuat kuasa serta merta.”

“Ianya selepas hasil perbincangan di antara CEO Hans-Joachim Watzke, Pengarah Sukan Michael Zorc, Thomas Tuchel dan penasihat beliau Olaf Meinking, pada Selasa.”

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thomas Tuchel dan staf kejurulatihan beliau di atas kejayaan dari segi kesukanan, membawa Dortmund menjuarai DFB Pokal menewaskan Eintracht Frankfurt di Berlin.”

“Kami ucapkan yang terbaik untuk Thomas Tuchel di masa hadapan dalam dunia profesional.”

Tuchel menyertai Dortmund pada musim 2015/16 dan membantu kelab tersebut menamatkan liga sebagai naib juara Bundesliga. Menjadikan BvB sebagai kelab naib johan yang mengutip mata tertinggi dalam sejarah.

Pada Sabtu lalu, beliau membantu BvB memenangi DFB Pokal. Trofi pertama BvB dalam tempoh 5 tahun.

Namun Tuchel dikatakan ada masalah dengan barisan lembaga pengarah Dortmund selepas beliau berbelanja besar pada awal musim ini.

Ianya diburukkan lagi apabila Tuchel bertengkar dengan Watzke. Tuchel akhirnya terpaksa akur dengan pemecatan tersebut.

Beliau akan menerima pampasan €2 juta kerana kontrak semasa beliau akan berakhir pada 2019.

Tuchel terus menjadi pengurus yang mendapat perhatian banyak kelab di Eropah. Antaranya Bayer Leverkusen yang terus menghubungi penasihat beliau, Olaf Meinking.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN