Donnarumma Sedang Mencari Rumah Di Bandar Milan

Nampaknya khabar angin Donnarumma kekal di Milan dengan kontrak mewah semakin kukuh. Terbaru, pemain ini menegaskan yang beliau dalam proses mencari rumah di sekitar bandar Milan.

Dalam majalah GQ edisi Julai, Donnarumma muncul dalam satu kolum khas dengan tajuk

“Saya sedang mencari rumah di Milan.”

Donnarumma mengakui yang beliau sangat sentimen dengan bandar Milan kerana dibesarkan di sana. Beliau juga ada ramai rakan sejak dari kecil lagi.

“Hati saya sangat ‘melekat’ dengan Milan. Pasukan Milan juga menjadi kelab saya sejak kecil. Sejak berusia 4 tahun lagi.”

Donnarumma juga menyatakan beliau mahukan sebuah kondominium yang selesa untuk beliau bawa semua orang tersayang tinggal di sana. Beliau kalau boleh mahukan rumah tersebut di tengah-tengah bandar Milan.

Bercerita tentang kontrak baru beliau di Milan. Donnarumma menyatakan semuanya sedang berjalan lancar dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Mino Raiola.

Donnarumma berkata kepada GQ:

“Saya gembira mendengar rundingan berjalan lancar dan positif. Rundingan kali ini berdasarkan keinginan saya.”

“Mino dan Enzo Raiola orang yang sentiasa memberikan saya dan keluarga saya perkembangan terkini rundingan tersebut.”

Donnarumma tidak mahu dibandingkan dengan Buffon kerana beliau menganggap Buffon adalah seperti satu hero ‘mitos’ dalam hidup beliau.

Beliau juga berharap akan menjadi seperti Buffon suatu hari nanti. Menjadi penjaga gol yang hebat dan disukai oleh semua orang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN