PKNS FC Sahkan Kehadiran 3 Pemain Import Baharu Untuk Perkuat Pasukan

PKNS FC telah pun mengesahkan kehadiran 3 pemain import baharu bagi memperkuatkan cabaran pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

3 pemain import itu dipilih menggantikan 3 pemain import yang sebelum ini dilaporkan akan disingkirkan oleh pihak pengurusan.

PKNS FC mendapatkan khidmat Fabio Ferreira, Park Kwang-Il dan juga Abdou Jammeh sebagai trio pemain import mereka yang baharu.

Fabio Ferreira yang merupakan bekas pemain skuad remaja Chelsea di England pernah juga beraksi untuk pasukan remaja Portugal di peringkat B-19 tahun.

Beliau merupakan seorang penyerang.

Sementara itu bagi pemain dari Korea Selatan Park Kwang-Il, beliau merupakan pemain tengah berusia 26 tahun yang pernah mempunyai pengalaman beraksi di beberapa liga di Asia seperti di saingan divisyen 2 Jepun dan juga Indian Super League.

Beliau akan mengisi tempat sebagai pemain import dari benua Asia.

Bagi tempat terakhir pemain import PKNS FC, mereka mendapatkan pemain dari Gambia iaitu Abdou Jammeh yang berusia 31 tahun.

Pemain pertahanan tersebut mempunyai pengalaman bermain di peringkat antarabangsa bersama negaranya.

Setakat ini, beliau telah memperoleh 32 penampilan antarabangsa bersama Gambia.

Diharap dengan penyertaan 3 pemain import ini dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas 3 pemain import kelab itu.

Semoga berjaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN