Laporan di Itali melaporkan bahawa Gianluigi Donnarumma kemungkinan akan memecat Mino Raiola sebagai ejen yang mewakili beliau.
Keluarga penjaga gol muda dan sensasi AC Milan itu dilaporkan tidak sependapat dengan ejen yang menguruskan prihal kontrak Donnarumma.
Penjaga gol berusia 18 tahun itu menolak kontrak baru yang dilaporkan bernilai €5 juta setahun. Raiola turut mendakwa bahawa pengurusan tertinggi kelab Rossoneri telah menghantar pelbagai ancaman terhadap Donnarumma dan kel
Dakwaan itu digunakan sebagai alasan oleh Raiola supaya Donnarumma tidak menandatangani kontrak baharu untuk kekal di Milan.
Untuk rekod, kontrak Gianluigi Donnarumma akan berakhir pada June 2018.
Real Madrid adalah antara kelab yang memerhatikan situasi ini dengan rapat sehingga sanggup menangguhkan pembelian David de Gea daripada Manchester United untuk memberi keutamaan kepada Donnarumma.
Beberapa hari yang lepas, pihak kelab dan jurulatih Vicenzo Montella melawat sendiri keluarga Donnarumma di Castellammare, Stabia untuk berusaha meyakinkan keluarga Donnarumma,
Tindakan A.C Milan ini membuatkan Raiola berang, lantas bertindak balas untuk melakukan perkara yang sama.
Raiola menghantar adiknya Enzo yang turut bernaung di bawah agensi yang sama untuk ke Poland dan bertemu sendiri dengan AC Milan.
Media turut melaporkan Enzo telah memberitahu penjaga gol muda tersebut bahawa tiada perkhabaran dari AC Milan dan ingin memfokuskan Donnarumma untuk menyertai Real Madrid.
Perkhabaran ini dilaporkan bertentangan dengan pendirian keluarga Donnarumma.
Jika keluarga Donnarumma dan Raiola berterusan tidak bersependapat dalam hal ini, tidak mustahil untuk melihat Donnarumma akan mengambil tindakan memecat ejennya itu.
Donnarumma masih tinggal bersama keluarganya dan pendirian keluarganya mempunyai pengaruh yang kuat dalam keputusan yang akan diambil oleh beliau.
Jika Mino Raiola dipecat, ia bukanlah untuk kali pertama. Sebelum ini Raiola pernah memaksa Marek Hamsik untuk meninggalkan Napoli.
Bagaimanapun, Marek Hamsik menolak perpindahan itu dan akhirnya menukarkan Mino Raiola dengan ejen yang lain.
Sumber:
1. calciomercato.com (2017): Update: Donnarumma might sack Raiola , the latest;
http://www.calciomercato.com/en/news/update-donnarumma-might-sack-raiola-the-latest-10051
2. Football Italia (2017): Report: Donnarumma to sack Raiola?;
http://www.football-italia.net/104685/report-donnarumma-sack-raiola