Inilah Carta EPL 2016/2017 Jika Peraturan 60 Minit Perlawanan Digunakan

Liverpool selayaknya dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2016/2017  dan bukannya Chelsea pada Mei yang lalu.

Tunggu! Bagaimana ini mungkin berlaku?

Bukankah Totenham Hotspur dan juga Manchester City berada di atas Liverpool?

(Photo by Mark Thompson/Getty Images)

Ini penjelasannya. Sesungguhnya penantian penyokong Liverpool selama 27 tahun untuk kejuaraan Liga Inggeris akan tamat andai tempoh perlawanan dipendekkan daripada 90 minit kepada 60 minit.

Demikianlah menurut data dan statistik yang dikeluarkan oleh Squawka.

Baru-baru ini terdapat cadangan daripada The International Football Association Board (IFAB) untuk melakukan perubahan yang agak radikal untuk menukar peraturan bola sepak sedia ada.

Antara perubahan yang termasuk di dalam kertas kerja oleh IFAB ialah untuk mengurangkan tempoh setiap separuh masa hanya kepada 30 minit.

Ini adalah untuk mengelakkan kebiasaan buruk oleh pemain yang gemar melengahkan perlawanan ketika pasukan mempunyai kelebihan.

Masa akan diberhentikan setiap kali bola keluar atau ketika perlawanan dihentikan oleh pengadil. Ini bermakna pemain-pemain harus memaksimakan tempoh 60 minit perlawanan sepenuhnya.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Jika perubahan ini dilaksanakan pada musim 2016/2017 yang lalu, Juergen Klopp pasti berbangga membawa Liverpool meraih kejuaraan yang pertama dalam tempoh hampir 3 dekad.

Carta Liga Perdana Inggeris musim 2016/2017 telah digubal semula, mengambil kira keputusan semasa sehingga minit ke-60 perlawanan.

Sebaliknya, Liverpool bergelut untuk menamatkan jadual Liga untuk mengakhirinya di tangga ke-4.

Gergasi bola sepak Inggeris dari Merseyside itu akan menamatkan saingan liga dengan hanya 5 kekalahan. Manakala juara sebenar pada musim lalu, Chelsea akan berada di tempat ke-3, juga 3 mata di belakang Liverpool.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)
Restrictions

Totenham Hotspurs akan jatuh ke tangga ke-4 manakala Manchester City akan menduduki tangga ke-2 EPL jika peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Malangnya Manchester United dan Arsenal masih gagal melayakkan diri ke saingan UEFA Champions League (UCL) secara merit walaupun dengan perubahan ini.

Kedua-dua kelab hanya akan bertukar kedudukan untuk tangga ke-5 dan ke-6 liga berbanding kedudukan akhir yang sebenar di alam realiti.

Apa yang menarik apabila simulasi dilakukan, 4 pasukan teratas dan 3 pasukan terbawah yang akan diturunkan liga tidak mempunyai sebarang perubahan selain daripada kedudukan sesama mereka.

30 minit untuk setiap separuh masa perlawanan bola sepak? Penyokong Liverpool pasti menggemari usul ini.

Sumber:

1. Mitch Waddon, Squawka (2017): How the 2016/17 Premier League would have finished if IFAB’s 60-minute matches were enforced;
http://www.squawka.com/news/how-the-201617-premier-league-would-have-finished-if-ifabs-60-minute-matches-were-enforced/962588#vdI1X3DwlIUpWWp8.99

2. Dave Fraser, The Sun (2017): KOP ON TOP How the 2016-17 Premier League table would have looked had games lasted only 60 minutes… as lawmakers consider shortening matches by half an hour;
https://www.thesun.co.uk/sport/football/3832013/2016-17-premier-league-table-60-minute-matches/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN