Dominic Tan & Sumareh Antara Nama Dipanggil Sertai Kem Harimau Malaya

Nama pertahanan negara, Dominic Tan Jun Jin terus mendapat kepercayaan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon untuk dua aksi antarabangsa seterusnya yang akan berlangsung bulan November ini.

Malaysia bakal menghadapi cabaran Republik Kyrgyz serta Chinese Taipei pada bulan ini untuk aksi Pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bagi peringkat Kumpulan D.

Sebelum itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasminya telah pun mengeluarkan senarai 25 pemain untuk menyertai kem pusat skuad kebangsaan yang akan bermula pada Jumaat ini.

“Berikut senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat, 10 November 2023 bagi menghadapi perlawanan pertama dan kedua Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz pada 16 November 2023 dan Chinese Taipei pada 21 November 2023,” jelas kenyataan tersebut.

Antara nama yang mencuri tumpuan kali ini pastinya terarah kepada Dominic Tan yang sebelum itu tampil dengan tidak menyakinkan bagi saingan Pestabola Merdeka 2023.

Walaupun begitu, Kim tetap memberi kepercayaan buat pertahanan Sabah itu untuk terus memperkuatkan posisi tersebut bagi menghadapi dua perlawanan akan datang.

Tetapi, Dominic mungkin bakal menghadapi persaingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama negara, kerana pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Shahrul Saad turut dipanggil.

Selain itu, nama pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh kembali mendapat tempat untuk menyertai kem kebangsaan selepas agak lama disisihkan.

Menerusi senarai pemain yang dipanggil kali ini, Kim mengekalkan 20 daripada 25 pemain yang dipanggil dahulu untuk saingan Pestabola Merdeka.

Suhaimi Hussin dan Nur Shamie Iszuan antara nama yang tidak dipanggil kali ini, namun penjaga gol Terengganu itu berada dalam senarai bersedia bersama pemain lain.

Nama-nama lain yang masih dikekalkan sudah tentu terarah kepada Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Ahmad Syihan Hazmi, Corbin Ong, serta ramai lagi pemain kunci kekuatan skuad kebangsaan.

Malah, Nooa Hamzah dan Dion Cools yang beraksi di luar negara juga turut mendapat panggilan untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN