Dollah Salleh: “Satu Kerugian Tidak Beraksi Di Kejohanan AFC”

Pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh berharap Persatuan Bolasepak Negeri Pahang membuat rayuan di atas hukuman yang dijatuhkan kepada mereka.

Pahang berjaya menjulang Shopee Piala FA 2018 selepas menewaskan Selangor di final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaubagaimanapun, Pahang dilarang untuk menyertai pertandingan peringkat serantau anjuran AFC selama 2 tahun, selepas melanggar artikel 14.

Mengikut peruntukkan statut FAM, Artikel 14 Status FAM – obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa.

Hal ini kerana pasukan Pahang ingkar arahan ketika diarahkan menggantikan Kedah untuk bermain dalam Piala AFC 2018.

Pahang ketika itu menyatakan mereka hanya fokus kepada peringkat domestik. Selepas kejayaan menjulang Piala FA, nada berbeza diluahkan Dollah Salleh ke atas hal itu. Dipetik daripada Berita Harian, Dollah Salleh berkata:

“Itu saya serahkan kepada pengurusan untuk buat rayuan. Secara peribadi, saya mahu beraksi di pertandingan itu kerana saya lihat pasukan ini ada ramai pemain berkualiti.”

Dollah Salleh yakin skuad yang ada akan mampu memberikan cabaran di pentas Asia sekiranya diberikan peluang.

“Saya rasa jika dapat beraksi, kita boleh pergi jauh. Macam kerugian kalau tidak beraksi di pentas Asia. Tetapi kita kena akur kepada keputusan FAM.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN