Dollah Salleh Kecewa Pemain Tak Ikut Arahan Dan Bermain Bola Lambung

Pahang

“Lain yang saya suruh, lain yang mereka buat.” Itulah keluhan pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh selepas tamat perlawanan Liga Super menentang Perak.

Selepas aksi seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama MSL 2018, penyokong Pahang mempersoalkan corak permainan pasukan Pahang, sedangkan pasukan itu sudah membelanjakan sekitar RM20 juta untuk pasukan ini.

Dalam perlawanan tersebut, Pahang diselamatkan oleh ketangkasan penjaga gol mereka Helmi Eliza yang berada dalam prestasi terbaik.

Pengendali Pahang tidak mahu menafikan bahawa pasukan beliau beraksi teruk seperti mana yang dikatakan oleh peminat mereka. Pahang kurang kreatif mencipta peluang di dalam perlawanan mementang Perak.

Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Dipetik dari sumber Stadium Astro, pengendali Pahang ini memberitahu yang beliau tidak pernah meminta anak-anak buahnya bermain bola tinggi sepanjang perlawanan.

Beliau kecewa dengan anak-anak buah beliau yang terlalu banyak bermain bola lambung, ianya jelas bertentangan dengan falsafah bola sepak Pahang yang beliau mahukan. Beliau berkata:

“Entah mengapa, kami sering menggunakan hantaran jauh. Saya juga berpesan dari tepi padang tetapi mereka masih mengulanginya.”

Beliau mengakui Pahang bergantung kepada Azam Azih di pivot pasukan mereka. Jika pemain itu gagal menyerlah, maka hancurlah taktikal mereka.

Dollah Salleh pastinya mahu anak-anak buah beliau memperbaiki segera corak permainan mereka. Terlalu ramai pemain yang tidak beraksi di bawah par dalam perlawanan sebelum ini.

Pahang akan beraksi menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam pada hari ini. Kedua-dua pasukan masing-masing baru mengutip 1 mata setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN