10 Pemain Ligue 1 Bergaji Paling Tinggi, 9 Daripadanya Adalah Pemain PSG

Semalam laman L’Equipe mendedahkan 30 pemain bergaji paling tinggi di Perancis. Angka gaji yang didedahkan L’Equipe adalah angka pendapatan sebulan selepas potongan cukai. Kami hanya akan senaraikan 10 tertinggi daripada mereka.

10. Daniel Alves (£621,000 / RM3.38 juta sebulan)

Dani Alves pastinya ada alasan tersendiri untuk menolak kontrak lanjutan di kelab seperti Juventus dan kemudian mengubah keputusan di saat-saat akhir daripada menyertai City.

(Photo credit: THOMAS SAMSON/AFP/Getty Images)

Beliau menerima £621,000 sebulan di PSG pada usia beliau yang sudah pun 34 tahun, sudah pastinya ia kontrak yang sangat lumayan.

9. Radamel Falcao (£665,000 / RM3.6 juta sebulan)

Bekas penyerang Atletico ini pernah mencuba nasib di Chelsea dan Manchester United namun tidak menjadi. Kepulangan beliau ke Monaco telah membuatkan karier beliau kembali meningkat pada musim 2016/17.

Beliau adalah satu-satunya pemain bukan dari PSG berada dalam senarai 10 teratas.

8. Javier Pastore (£683,000 / RM3.72 juta sebulan)

Beliau kini hanyalah pemain pilihan kedua atau ketiga di dalam pasukan PSG. Beliau sanggup melepaskan jersi no.10 kepada Neymar dan menyatakan hasrat beliau untuk terus setia bersama PSG selagi-lagi diperlukan.

7. Thiago Motta (£777,000 / RM4.23 juta sebulan)

Ada sebab kenapa gaji beliau meningkat pada paras itu. Ini kerana, awalnya PSG tidak menyambung kontrak beliau pada musim ini.

Selepas gagal mendapatkan pemain tengah yang mereka mahukan dan Veratti yang ketika itu dilihat berminat ke Barcelona, PSG telah memujuk pemain ini yang ejen bebas untuk menerima kontrak baru di PSG.

Kontrak baru, gaji baru dan ianya adalah RM4.23 juta sebulan. Wow!

6. Marquinhos (£990,000 / RM5.4 juta sebulan)

Bintang dari Brazil ini memiliki pendapatan RM5.4 juta sebelum cukai. Satu angka yang sangat tinggi.

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 23: Marquinhos of PSG (L) attempts to block Mesut Ozil of Arsenal (R) cross during the UEFA Champions League Group A match between Arsenal FC and Paris Saint-Germain at the Emirates Stadium on November 23, 2016 in London, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

5. Angel Di Maria (£990,000 / RM5.4 juta sebulan)

Angel Di Maria berada di tangga ke-5 dalam senarai. Beliau kini kerap berada di bangku simpanan kerana PSG memiliki trio Neymar-Cavani-Mbappe.

(Photo by Aurelien Meunier/Getty Images)

Namun begitu Di Maria masih lagi pemain penting di dalam pasukan untuk penggiliran skuad.

4. Thiago Silva (£1.18 juta / RM6.42 juta sebulan)

Angka yang tidak masuk akal diterima oleh pemain pertahanan kental dan juga kapten PSG ini. Beliau sebelum ini pernah bermain untuk AC Milan.

3. Kylian Mbappe (£1.33 juta / RM7.24 juta sebulan)

Beliau adalah pemain remaja dengan pendapatan tertinggi di dunia. Kylian Mbappe menjadi fenomena musim lalu apabila membantu AS Monaco menjuarai Ligue 1 dan cemerlang dalam UCL.

PARIS, FRANCE – DECEMBER 20: Kylian Mbappe of PSG celebrates his goal during the French Ligue 1 match between Paris Saint Germain (PSG) and Stade Malherbe Caen at Parc des Princes on December 20, 2017 in Paris, France. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

2. Edinson Cavani (£1.37 juta / RM7.45 juta sebulan)

Penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG ini menjadi no.9 bergaji paling tinggi di dunia. Cavani telah menjadi penggempur utama PSG selepas pemergian Ibrahimovic.

Edinson Cavani

1. Neymar (£2.72 juta / RM14.80 juta sebulan)

Melengkapkan trio serangan PSG, adalah Neymar. RM14.8 juta sebulan, itulah angka yang dibayar PSG kepada beliau.

Beliau menjadi pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia. Timbalan Presiden Barca, Jordi Mestre memberitahu, Neymar ke PSG untuk keluar daripada bayangan Messi dan mahu menjadi no.1 dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN