Dollah Salleh Hairan Dengan Hukuman Ke Atas Mohamadou Sumareh

Dollah Salleh memberikan respon kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM ke atas Mohamadou Sumareh.

Pada beberapa hari lalu, FAM menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu telah mengumumkan tindakan hukuman retrospektif ke atas beberapa pemain.

Hukuman ini adalah kerana pemain-pemain tersebut menerjah lawan mereka ketika perlawanan Liga Super. Semua pemain tersebut dikenakan tindakan hukuman gantung 1 perlawanan dan denda RM3,000.000.

Ia bukan hukuman yang termasuk dalam penggantungan automatik. Ia adalah hukuman tambahan dengan tarikh penggantungan sudah pun diumumkan oleh FAM.

Antara pemain yang dikenakan tindakan retrospektif ini adalah Mohamadou Sumareh yang merupakan pemain penting Pahang musim ini.

Dollah Salleh bercakap kepada Bernama:

“Apa sebab, punca dan kenapa. Saya tidak faham apa punca dikenakan tindakan pengantungan kepada Sumareh.”

Sumareh / kredit foto: Asiana.my

“Tengok tayangan video perlawanan, pengadil perlawanan tidak melayangkan kad, tahu-tahu sahaja dia kena (tindakan) sedangkan dia yang kena terjah. Tapi dia pula yang digantung.”

“Saya tak faham tindakan yang diambil kerana dia adalah mangsa, namun dikenakan tindakan.”

Dollah merasakan Sumareh tidak langsung terlibat dalam kekasaran ke atas Afiq Fazail di dalam perlawanan tersebut.

Selain daripada Sumareh, 4 lagi pemain lain dikenakan tidakan retrospektif ini, iaitu Rizal Ghazali, Fakhrurazi Musa, Afiq Fazail dan Nazmi Faiz.

Penggantungan Sumareh ini akan membuatkan pemain ini tidak boleh bermain dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang pasukan Negeri Sembilan pada Ahad ini.

Baca juga: Jawatankuasa Pengadil FAM: Rumusan Insiden ‘Retaliation’ Afiq Fazail Dan Kekasaran Sumareh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN