Sri Pahang boleh dikatakan berada dalam prestasi yang sangat baik ketika ini menerusi peningkatan mendadak dipamerkan oleh para pemain semenjak Dato’ Dollah Salleh memegang kembali tampuk kejurulatihan.
Semenjak Dollah kembali melatih Sri Pahang, pasukan ini tidak pernah tewas dalam lima perlawanan dihadapi, sehingga Terengganu berjaya mematikan momentum tersebut pada 21 Ogos lalu dalam aksi Liga Super 2022.
Tamat untuk perlawanan malam ini. #SriPahang#WhereLegendsAreBorn #hakkaClo#extrajossmalaysia#posmalaysia pic.twitter.com/xq5s52shXJ
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) August 21, 2022
Gandingan pengendali tersebut bersama Fandi Ahmad setakat ini dilihat berjaya menaikkan kembali tahap permainan Sri Pahang untuk lebih menyakinkan, setelah mereka gagal bermula dengan baik pada awal musim.
Namun beberapa isu kecil masih lagi membelenggu pasukan tersebut dan Dollah dilihat berusaha untuk memperbaikinya agar Sri Pahang terus tampil berkeyakinan untuk menamatkan cabaran musim ini dengan lebih baik.
Menerusi tempoh rehat yang agak panjang ketika ini, pasukan tersebut bakal memanfaatkannya untuk terus memperbaiki kelemahan mereka sebelum saingan liga kembali bersambung.
Pasukan tersebut bakal kembali beraksi untuk menentang Kuala Lumpur City (KL City) pada 9 September ini di Stadium Darul Makmur dalam misi untuk terus mengutip mata agar mampu memperbaiki kedudukan carta liga.
“Pada masa sama, untuk memastikan tahap kecergasan pemain berada pada prestasi terbaik selepas mengharungi jadual pada enam perlawanan lalu.
“Setakat ini, fokus utama pasukan ialah latihan dalam membentuk gandingan lebih mantap serta menumpukan kepada kecergasan.
“Sebaik kembali beraksi, semua pemain sudah bersedia dan memberikan yang terbaik buat pasukan,” katanya menerusi Harian Metro.
Selain merombak barisan kejurulatihan, Sri Pahang juga berjaya mendapatkan impak lebih positif di bahagian serangan menerusi pemain import baharu yang ditandatangani pada jendela perpindahan kedua lalu.
Sri Pahang FC berjaya mencuri 3 mata di Bandaraya.
Kekal konsistensi, teruskan momentum.#SriPahang#WhereLegendsAreBorn #hakkaClo#extrajossmalaysia#posmalaysia pic.twitter.com/GiCCDFdeiF— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) August 18, 2022
Steven Rodriguez, Kevin Ingreso, dan Sherzod Fayziev dilihat berjaya mengatasi masalah Sri Pahang sebelum itu di atas padang menerusi aksi yang positif berjaya ditampilkan trio import tersebut.
Aksi pemain tempatan seperti Malik Mat Ariff, Azwan Aripin, dan David Rowley juga dilihat kembali meningkat untuk terus memperkuatkan pasukan.
Namun masalah ketara Sri Pahang ketika ini yang sering dilihat dalam perlawanan dihadapi mereka ialah berkenaan isu kecergasan pemain agak ketara.
Dengan tempoh rehat yang ada ini, dijangka Dollah bakal berusaha untuk meningkatkan kembali kecergasan para pemain agar mereka mampu beraksi dengan lebih baik dalam setiap perlawanan.