Dollah Salleh: “Jordan & Bahrain Boleh Tumpas Di Tangan Harimau Malaya”

Jurulatih berpengalaman, Datuk Dollah Salleh tampil begitu optimis dengan skuad kebangsaan kini yang dianggap mampu mencipta kejayaan tersendiri dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Malaysia yang berjaya melayakkan diri secara merit ke saingan itu telah ditempatkan dalam Kumpulan E bersama-sama Jordan, Bahrain serta gergasi bola sepak Asia iaitu Korea Selatan.

Melihat kepada tiga lawan Harimau Malaya, skuad kendalian Kim Pan-gon dijangka bakal menghadapi cabaran getir jika ingin melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam saingan tersebut.

Malah daripada segi kedudukan ranking semasa juga jelas tidak memihak kepada Malaysia, dengan tumpuan penuh terarah kepada Korea Selatan kini sebagai ancaman terbesar skuad kebangsaan.

Walaupun begitu, Dollah melihat ianya sebagai bukan suatu masalah besar untuk dihadapi pasukan negara berdasarkan pengamatan dibuat oleh jurulatih itu sendiri.

Jelas Dollah, para pemain kebangsaan tidak boleh sesekali terlalu menghormati pasukan lawan untuk membenarkan mereka menguasai permainan serta meledak gol ke kubu pasukan negara.

Bekas pemain legenda negara itu juga menyifatkan pasukan kebangsaan kini hampir sempurna secara keseluruhan dan mampu mencipta kejutan tersendiri ketika berdepan pasukan lawan di Kumpulan E.

“Tahap permainan Jordan dan Bahrain sebenarnya sama saja seperti kita cuma apa yang penting adalah jangan terlalu hormat lawan selain barisan pemain perlu lebih garang.

“Saya jangkakan jika semuanya tidak berhadapan masalah dan taktikal menjadi kemungkinan Jordan dan Bahrain boleh tumpas di tangan Harimau Malaya.

“Sekarang ini, tak boleh bandingkan skuad Harimau Malaya di bawah Pan-gon dengan pasukan 10 tahun lalu kerana bagi saya semua pemain adalah bagus dan terbaik. Banyak peningkatan sudah ditunjukkan sejak kebelakangan ini,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Arena Metro.

Pada masa sama, beliau juga mengakui Pan-gon sudah tentu mempunyai resepi tersendiri untuk digunakan ketika berdepan Jordan serta Bahrain bagi mendapatkan kejayaan.

“Apa yang boleh saya katakan jika Arif Aiman dan Faisal Halim menjadi pada dua perlawanan itu sudah tentu kita dapat meraih keputusan positif.

“Pan-gon sudah pasti akan melakukan perancangan rapi termasuk merencanakan taktikal berkesan supaya Harimau Malaya mampu mencipta kemenangan dalam kempen Piala Asia,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN