Dollah Salleh Bidas Mutu Pengadilan, Kritik Agar Mutu Bola Sepak Negara Diperbaiki

Ketua jurulatih pasukan Pahang FA, Dollah Salleh (gambar bawah) jelas tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan ketika Pahang berkunjung ke Stadium Tun Razak, Jengka pada malam tadi.

Perlawanan yang diadili oleh Momammad Zamzaidi Katimin itu menyaksikan Felda United menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan penalti untuk kemenangan dengan jaringan 2-1 ke atas Pahang.

Dollah jelas berang dan menyifatkan pemberian sepakan penalti kepada pasukan ‘The Fighters’ pada minit ke-88 perlawanan adalah tidak adil.

Beliau turut mempersoalkan sekiranya pengadil benar-benar memahami undang-undang perlawanan terutama dalam pemberian sepakan penalti.

Merjuk kepada kekasaran awal yang dilakukan oleh pemain pasukan Felda United di dalam kotak penalti lawan terhadap Mohamadou Sumareh, dan kemudiannya penalti minit akhir yang diberikan kepada lawan, Dollah jelas kecewa dengan mutu pengadilan dalam perlawanan tersebut.

Kredit: Pahang FA, Facebook.

“Saya kecewa dan sangat tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Mereka (pemain-pemain) sudah memberikan persembahan terbaik, tapi pengadil membunuh semangat kami.”

“Banyak keputusan dibuatnya sepanjang perlawanan sangat menghampakan saya dan pemain. Saya sudah lama berdiam diri.”

“Pahang seolah-olah menjadi mangsa dalam banyak perlawanan sebelum ini. Adakah semua (keputusan) sudah diatur?”

“Banyak kali kami dilayan seperti ini, “kata Dollah kepada wartawan pada sidang media selepas perlawanan tersebut.

Menurut Dollah, pengadil seolah-olah tidak faham keadaan “ball to hand” apabila bola terkena tangan pemain Pahang pada minit akhir perlawanan setelah situasi kelam kabut di hadapan gawang gol Pahang.

Kredit: Pahang FA, Facebook.

“Itulah yang saya katakan tadi. Dia (pengadil) ini faham atau tidak (undang-undang)? Kita boleh nampak dengan jelas ia adalah situasi ‘ball to the hand‘ dan bukan pemain pertahanan kami sengaja memegang bola.”

Turut dipersoalkan oleh Dollah ialah kegagalan Mohammad Zamzaidi Katimin memberikan sepakan penalti kepada Pahang setelah Sumareh dikasari terlebih awal.

“Kenapa apabila pemain kami meminta sepakan penalti ketika Sumareh dikasari dengan jelas dalam kotak penalti FELDA United, pengadil buat tidak tahu? Semua orang nampak kekasaran itu,” tambah Dollah lagi.

Dollah Salleh berkata kritikan terhadap mutu pengadilan ini adalah kerana mahu melihat sukan bola sepak tanah air terus diminati dengan kualiti permainan, pengadilan yang terbaik serta untuk masa depan bola sepak negara secara amnnya.

Kredit: Pahang FA, Facebook.

“Kasihan kepada penonton yang sanggup datang ke stadium, membayar tiket dan berharap menonton perlawanan yang menghiburkan. Tetapi jika beginilah mutu pengadilan, saya pasti mereka (penonton) juga akan kecewa,” jelas Dollah lagi.

Berkenaan peluang skuad Tok Gajah untuk mengejar pasukan JDT di puncak liga, Dollah Salleh mengakui ia adalah misi yang sukar.

Namun demikian, pengendali pasukan Pahang berusia 53 tahun ini berjanji pasukannya akan bangkit untuk menghadapi perlawanan yang seterusnya.

Sumber:

1. Nik Sukry Ramli, Berita Harian (2017): Dollah berang, kritik mutu pengadilan;
http://www.bharian.com.my/node/298090

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN