West Ham Rancang Bawa ‘Chicarito’ Kembali Ke EPL, Gandingkan Bersama Oliver Giroud

West Ham dilaporkan berminat untuk membawa penyerang antarabangsa Mexico, Javier Hernandez atau lebih dikenali sebagai Chicarito kembali untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim hadapan.

Bekas bintang Manchester United itu dikatakan terbuka dengan idea untuk kembali ke England.

(Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Kini West Ham bersedia untuk memberikan satu lagi peluang kepada Chicarito untuk membuktikan keupayaan beliau di EPL.

West Ham dilaporkan bersedia untuk memenuhi klausa perpindahan berjumlah £13 juta yang terkandung di dalam kontrak Hernandez bersama Bayer Leverkusen.

Kelab London berkenaan dilaporkan telah menghantar wakil ke Piala Konfederasi yang sedang berlangsung di Rusia untuk mengikuti dan menilai persembahan Hernandez bersama Mexico.

Malangnya Mexico tersingkir di peringkat separuh akhir kepada juara dunia, Jerman dengan jaringan 4-1 pada Khamis yang lalu.

(Photo by Buda Mendes/Getty Images)

Musim lalu, Hernandez menjaringkan 11 gol daripada 26 penampilan bersama Bayer Leverkusen di dalam saingan Bundesliga.

Ini sudah cukup meyakinkan pihak West Ham bahawa Javier Hernandez adalah penyerang yang mereka cari.

Pemilik bersama West Ham, David Sullivan dan David Gold sedang mencari dua penyerang pada musim panas ini untuk skuad bimbingan Slaven Bilic.

Pemain Arsenal, Oliver Giroud (gambar bawah) adalah salah seorang pemain yang berada di dalam radar West Ham.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Arsenal turut sedang aktif mengejar tandatangan Kylian Mbappe dan dilaporkan hampir pasti untuk membawa masuk Alexandre Lacazette.

West Ham pasti memerhati aktiviti pembelian pemain di Emirates dengan penuh minat.

Slaven Bilic mampu menawarkan Giroud masa permainan yang jauh lebih banyak berbanding di Arsenal sekiranya The Gunners membawa masuk penyerang baharu pada musim panas ini.

Bayer Leverkusen juga dilaporkan harus menjual salah seorang pemain bintangnya untuk menjimatkan kos setelah gagal melayakkan diri ke saingan kelayakkan Eropah pada musim hadapan.

(Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

Chicarito masih mempunyai baki kontrak selama setahun di Bay Arena dan mempunyai risiko kehilangan penyerang Mexico itu tanpa sebarang pulangan jika tidak menjual atau menawarkan kontrak baharu dalam masa terdekat.

Javier Hernandez menyertai Manchester United pada musim panas 2010 dari kelab Mexico, Guadalajara. Setelah 4 musim berpengkalan di Old Trafford, Chicarito menyertai Real Madrid sebagai pemain pinjaman.

Setelah menamatkan tempoh semusim di La Liga, Chicharito akhirnya dijual kelada Bayer Leverkusen.

Kini Javier Hernandez mempunyai peluang untuk mewarnai kembali EPL dengan sentuhan penyudahnya jika West Ham benar-benar serius untuk mendapatkan beliau.

Sumber:

1. PETER O’ROURKE, ESPN FC (2017): West Ham shift sights on Mexico star Javier Hernandez – sources;
http://www.espnfc.com/story/3151690/west-ham-shift-sights-on-mexico-star-javier-hernandez-sources

2. Jeremy Wilson, The Telegraph (2017): West Ham prepared to break club transfer record for Olivier Giroud;
http://www.telegraph.co.uk/football/2017/06/26/west-ham-prepared-break-club-transfer-record-olivier-giroud/

3. Stefan Bienkowski, The Guardian (2017): Bayer Leverkusen look to sell Javier Hernández in summer transfer window;
https://www.theguardian.com/football/2017/jan/06/bayer-leverkusen-sell-javier-hernandez-summer

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN