Dollah Puji Disiplin Tinggi Pemain Skuad Tok Gajah

Kejayaan Pahang menyingkirkan juara bertahan, Kedah daripada saingan Piala FA dalam pertemuan peringkat ketiga di Stadium Darul Makmur semalam ternyata mengundang rasa gembira pada pengendali berpengalaman skuad itu, Dollah Salleh.

Pahang yang muncul sebagai naib juara Piala FA musim lalu berjaya membolosi gawang Kedah pada minit ke 45 melalui tandukan Mohamadou Sumareh.

Walaubagaimanapun, Kedah cuba bangkit mencari gol penyamaan tetapi mereka gagal menewaskan penjaga gol Pahang yang beraksi cemerlang pada malam itu, Helmi Eliza.

Dollah menyifatkan disiplin tinggi yang diamalkan oleh pemain Pahang ketika bertahan dan menyerang merupakan kunci kepada kemenangan pasukan Pahang.

“Namun disiplin itulah yang menyebabkan pemain kita tahu bila hendak bertahan dan bila mahu melakukan serangan sehingga mampu mengekang Kedah,” katanya.

Sekalipun bermula baik, rentak permainan Pahang terjejas apabila penyerang importnya Francis Forkey Doe dikeluarkan pada minit ke-11 perlawanan selepas mengalami kecederaan.

“Apabila Forkey terpaksa dikeluarkan, persembahan kita menurun tetapi disiplin para pemain membolehkan Pahang mencatat kemenangan ini,” jelasnya.

Malah, Dollah juga berkata beberapa pemainnya bermain dalam keadaan cedera antaranya Patrick Cruz dan Mohamadou Sumareh.

Foto: Pahang FA

Sementara itu, penjaring gol kemenangan, Mohamadou Sumareh mahu mengulangi pencapaian musim lalu apabila pasukan Pahang mara ke perlawanan akhir Piala FA dan tekad julang trofi itu musim ini.

“Kami bermain dengan fokus untuk menang, ini dibantu dengan keserasian yang ada dalam kalangan para pemain.

“Bagi musim ini tiada sasaran yang lebih baik bagi kami daripada membawa pulang trofi Piala FA buat Pahang,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN