Raul Longhi Berang Dengan Aksi Sambil Lewa Pemain JDT

Walaupun juara Piala FA 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mara ke suku akhir dalam saingan Shopee Piala FA 2018 setelah menewaskan pasukan Uitm FC, 3-2 semalam tetapi masih ada sesuatu yang menyebabkan pengendali pasukan itu, Raul Longhi kurang gembira.

Menurut kenyataan dalam laman facebook Johor Southern Tigers (JST), Longhi menyifatkan pemainnya masih bermain sambil lewa dan mudah hilang penguasaan bola.

“Saya berpuas hati dengan keputusan malam ini tetapi tidak puas hati dengan sikap pemain kami. Mereka tahu mereka menentang pasukan Liga Premier dan saya tidak suka pemain mempunyai sikap sambil lewa dan mudah hilang bola walaupun menguasai perlawanan.

“Jika kita mahu berterusan menang, kita mesti tunjukkan kesungguhan dan bermain dengan baik. Kita perlu ambil peluang sebanyak mungkin dan bukannya rasa selesa apabila sudah mendahului,” katanya.

Selepas perlawanan semalam, Longhi mengakui JDT masih ada banyak ‘kerja rumah’ untuk dilakukan kerana mereka bakal menghadapi jadual perlawanan yang cukup padat selepas ini.

“Buat masa ini banyak kerja perlu kami buat sepanjang liga rehat untuk seketika. Kami akan kembali berlatih dan perbetulkan apa yang perlu.

“Saya faham pemain kepenatan dengan menghadapi banyak perlawanan untuk Liga Super, Piala FA dan saingan Piala AFC. Kita dapat lihat pada bulan ini banyak perlawanan di mana kami bermain di tempat lawan.

“Tetapi itu bukan satu alasan. Kami perlu ada sikap yang bagus ketika kami menguasai bola,” jelasnya.

Safawi Rashid menjaringkan hatrik 3 gol ke atas Uitm FC. FOTO: JST

Menurut beliau lagi, JDT kini sedang menantikan kehadiran 2 pemain import baharu yang dijangka akan menyertai pasukan itu apabila jendela perpindahan kedua Liga M dibuka pada bulan Mei nanti.

“Kami akan terus bekerja keras dan fokus pada perlawanan-perlawanan yang akan datang. Kami juga akan menantikan kehadiran dua pemain luar negara baharu pada bulan Mei ini,” ujarnya.

Sementara itu, penjaring hatrik pasukan itu, Safawi Rashid mengakui masih belum berpuas hati dengan corak permainannya setakat ini.

“Saya sangat berpuas hati dapat menyumbangkan tiga gol untuk pasukan. Walaubagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan corak permainan saya.

“Antara tiga gol tersebut, saya lebih berpuas hati dengan gol yang ketiga. Ini juga secara tidak langsung telah memberikan saya lebih semangat untuk melaporkan diri untuk skuad kebangsaan (hari ini) dan berharap dapat membantu negara dalam sukan bola sepak,” jelasnya dalam satu kenyataan di laman facebook JST.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN