Saksikan Teaser Dokumentari Khas Rio Ferdinand Yang Menyentuh Perasaan

BBC akan menayangkan dokumentari khas bertajuk: Rio Ferdinand: Being Mum and Dad (Rio Ferdinand: Menjadi Ayah dan Ibu).

Ianya akan disiarkan pada hari ini pukul 9 malam waktu London. Dokumentari khas berdurasi 58 minit ini mengisahkan perjalanan hidup Ferdinand selepas kehilangan isteri tersayang.

Rio Ferdinand kehilangan isteri tercinta, Rebecca (34 tahun) pada Mei 2015 kerana barah.

Ferdinand menceritakan kisah beliau masih dalam proses untuk melupakan dan menerima apa yang telah menimpa beliau.

Ferdinand berkongsi cerita bagaimana beliau terpaksa memikul tanggungjawab sebagai Ayah dan Ibu kepada 3 anaknya.

Beliau takut dirinya gagal untuk membesarkan anak-anaknya dengan sempurna. Ini adalah sedikit terjemahan kata-kata Ferdinand di dalam video ini.

“Saya sayangkan isteri saya lebih dari segalanya. Hubungan saya dan Rebecca sangat luar biasa.”

“Anda seakan-akan tidak percaya apabila perkara yang paling teruk menimpa hidup anda.”

“Kali terakhir dia di rumah, dia mahu menceritakannya. Tetapi…saya terus mencantas perbualan itu dan tidak sanggup berbicara tentangnya.”

“Ini salah satu perkara dalam hidup (membesarkan anak-anak) yang kami lakukan bersama-sama.”

“Itulah perkara yang menakutkan saya. Apabila mereka (anak-anak) tidak bercakap, saya jadi risau.”

“Sebab anda cuma duduk sana dan nak tahu apa yang mereka fikirkan, di mana mereka ‘berada’ sekarang.”

“Adakah mereka sedang gelisah, gembira, atau sedih? Saya risau tentang semua perkara..Tapi saya hanya…”

“Sebab saya tak mampu memahaminya, terutama sekali 2 orang anak saya yang lelaki, ianya sangat sukar.”

“Dan saya harap ada perkara yang membantu agar mereka boleh bercakap.”

“Saya tak nak apa-apa dari mereka, cukuplah cuma tahu mereka sedang OK. Sebab saya tak tahu!”

“Dalam (jiwa) diri saya, saya mulai membukanya sedikit, biarkannya ‘bernafas’ sedikit.”

“Saya merasakan minda saya mulai terbuka memikirkan beberapa detik yang kami pernah lalui bersama.”

“Sebelum ini saya tidak mampu melakukan perkara seperti itu.”

Rio Ferdinand kemudian banyak bertemu dengan orang yang sama kehilangan seperti beliau. Ini banyak membantu beliau membesarkan anak-anak dalam satu keluarga.

Rio mulai terbuka berkongsi bebanan yang ditanggungnya dengan orang lain.

“Sekarang saya rasa lebih siaga untuk menghadapi hal ini berbanding dengan mula-mula dahulu.”

Ini adalah video tersebut:

Rio Ferdinand juga berkata kepada BBC, beliau mulai ketagih alkohol. Sehinggalah pada satu ketika beliau mulai sedar, anak-anaknya lebih memerlukannya sekarang.

Dia mulai meninggalkan tabiat buruk itu. Ferdinand bersyukur orang di sekeliling beliau sangat banyak menyokong beliau terutama ketika beliau bermain untuk QPR di London.

Saksikanlah dokumentari ini di BBC malam ini jika anda ada peluang mendapat siaran ini.

Baca juga: Andres Escobar, Hidup Dan Mati Kerana Bola Sepak!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN